CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota JPJ Menyamar Naik Bas, Dua Pemandu Kantoi Memandu Sambil Guna Telefon Bimbit

27-4-2023 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 336| Komen: 2

SHAH ALAM – Dua pemandu bas ekspres dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa selepas memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Kesalahan dilakukan dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikesan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang melakukan penyamaran di dalam bas tersebut.


Pengarah JPJ negeri, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, tindakan tegas itu diambil pihaknya ketika pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 pada 17 dan 18 April lalu.




“Dua pemandu itu masing-masing dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu ke Shah Alam dan saman telah dikeluarkan terhadap mereka dan pemilik bas ekspres tersebut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahan lain dikesan dilakukan pemandu bas adalah seperti memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) dan tatacara kelakuan pemandu.


Turut dikesan perbuatan pemandu memotong di garisan berkembar, menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 27-4-2023 05:26 PM
Biasanya dreber bas suka pasang 2@3 bini ikut destinasi yg sllu dia prgi....yg kt atas tu tgh roger2 bini no 2 ckp tgh otw balik umah ke hapa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060963 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top