KUALA PILAH – Hukuman penjara dan denda yang dihadapi seorang lelaki kerana memukul isteri nyata tidak memberi pengajaran apabila dia sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan sama.
Tertuduh, S Ragubalan, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti. Tertuduh didakwa dengan sengaja menumbuk muka dan menghantuk kepala isterinya yang berusia 41 tahun ke lantai sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian muka dan dahi, bengkak belakang kepala serta mengalami sakit tengkuk. Kesalahan dilakukan pada Isnin lalu kira-kira pukul 9.15 pagi di Taman Molek, Gemas, Tampin dekat sini. Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh masih tidak serik melakukan kesalahan sama ke atas mangsa. “Dalam kes ini, mangsa ialah isteri tertuduh. Tertuduh pernah dituduh pada 3 November lalu dengan dikenakan hukuman sehari penjara dan denda RM1,500,” katanya. Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan diikat jamin berikutan dia baru bekerja dua bulan selain mempunyai sakit kencing manis dan sebutan kes pada 8 Mei ini. –CARI Sumber: Kosmo
|
miznora: Patutlah aritu kena penjara se ...
ADVERTISEMENT