View: 745|Reply: 7
|
Tak Serik Dah Dipenjara Dan Didenda, Lelaki Sekali Lagi Dituduh Pukul Bini
[Copy link]
|
|
KUALA PILAH – Hukuman penjara dan denda yang dihadapi seorang lelaki kerana memukul isteri nyata tidak memberi pengajaran apabila dia sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan sama.
Tertuduh, S Ragubalan, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menumbuk muka dan menghantuk kepala isterinya yang berusia 41 tahun ke lantai sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian muka dan dahi, bengkak belakang kepala serta mengalami sakit tengkuk.
Kesalahan dilakukan pada Isnin lalu kira-kira pukul 9.15 pagi di Taman Molek, Gemas, Tampin dekat sini.
Foto: Kosmo
Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh masih tidak serik melakukan kesalahan sama ke atas mangsa.
“Dalam kes ini, mangsa ialah isteri tertuduh. Tertuduh pernah dituduh pada 3 November lalu dengan dikenakan hukuman sehari penjara dan denda RM1,500,” katanya.
Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan diikat jamin berikutan dia baru bekerja dua bulan selain mempunyai sakit kencing manis dan sebutan kes pada 8 Mei ini. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah aritu kena penjara sehari je denda pun rm1500.. Ringan sangat jadi dia rasa takde apa.
Yang bini pun lepas ni mintak cerai je. Dah terbukti dia kaki pukul. Esok sampai tua ko kena hantuk dinding ke lantai ke. Lama2 ko yang giler |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada nanges tak dalam bilik siasatan
Takdak remorse pung..elok diletakkan dalam bilik akhir je Kasi insoff sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerat jah kote kulop dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
miznora: Patutlah aritu kena penjara se ...
India susah nk cerai oii. laki adalah dewa. Kalau cerai berai bagai,kena sumpah sial la pompuan tu sampai mati. Dah la tu akan dipulau dan mcm2 lagi nk kena hadap. Sbb semua ni termaktub pada semua golongan. Ada jgk golongan India yg profesional pilih tak kawen sbb rsau mcm ni la. Mcm kita senang ja kena punch bagi bagai cerai settle. Dorang lain bro |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm tertengok video dive instructor bantai bininya
Dipijak2nya kepala bini dia
Org tu dah terbaring dah
Dah la dia berkasut masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye yg xseik tu bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm sebab benda2 gini laaa si sugu Pavithra tu dah tak update youtube
patut di padayappakan ajeeee lakinya tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|