JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan dengan meriah. Liputan6 melaporkan lebih 700 ahli keluarga berkumpul dalam masa yang sama.
Memandangkan bilangan mereka terlalu ramai, kertas kehadiran disediakan di atas sebuah meja yang perlu diisi oleh setiap ahli keluarga tersebut. Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok TikTok @dinodinss, dilihat seorang individu membelek setiap helaian kehadiran di atas meja yang dikepilkan mengikut nama ketua keluarga. Menurutnya, bilangan ahli keluarga yang ramai itu menyebabkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
“Kami tidak mengenali antara satu sama lain walaupun sebenarnya keluarga,” tulis dalam huraian video itu “Menangis dompet kalau duit raya diminta,” komen seorang netizen. “Saya nak jadi adik awak, biar duit raya banyak,” komen netizen lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
ketambangkang replied at 27-4-2023 10:50 AM
belah2 sana ade bagi duit raya ke
ketambangkang replied at 27-4-2023 10:50 AM
belah2 sana ade bagi duit raya ke
PULANGKAN replied at 27-4-2023 02:47 PM
sedara aku belah utara ramai, tapi idok ler sampai beratus gini
total pakcik makcik aku, 12
ADVERTISEMENT