CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 12

700 Ahli Keluarga Berkumpul Untuk Raya, Terlampau Ramai Sampai Tak Kenal Saudara

[Copy link]
Post time 27-4-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan dengan meriah.


Liputan6 melaporkan lebih 700 ahli keluarga berkumpul dalam masa yang sama.








Memandangkan bilangan mereka terlalu ramai, kertas kehadiran disediakan di atas sebuah meja yang perlu diisi oleh setiap ahli keluarga tersebut.


Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok TikTok @dinodinss, dilihat seorang individu membelek setiap helaian kehadiran di atas meja yang dikepilkan mengikut nama ketua keluarga.







Menurutnya, bilangan ahli keluarga yang ramai itu menyebabkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.


“Kami tidak mengenali antara satu sama lain walaupun sebenarnya keluarga,” tulis dalam huraian video itu


“Menangis dompet kalau duit raya diminta,” komen seorang netizen.


“Saya nak jadi adik awak, biar duit raya banyak,” komen netizen lain. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 10:50 AM | Show all posts
belah2 sana ade bagi duit raya ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:00 PM | Show all posts
kadang2 tu keluarga atas sebab pertalian, sepupu, 2 pupu,


sebab by default, bukan kita nak jadi sedara dia pn haha,

aku pn ada je sedara tak rapat, tp zaman arwah atuk aku dulu sibuk nak menziarah,

aku tak rapat sgt,

sebab diorang bela saka hahahah

skrg atok dah meninggal, aku dah tak melawat dah, dah la mak dia bela saka, anak2 mmg berjaya dlm akdemik, tp poyo nye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seketul konek berladang hasilkan 700 manusia
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 27-4-2023 10:50 AM
belah2 sana ade bagi duit raya ke

Ada. Lagi sedap bunyi kiraan dia. Ribu ribu. Sampai jutaaan. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:47 PM | Show all posts
sedara aku belah utara ramai, tapi idok ler sampai beratus gini

total pakcik makcik aku, 12
satu anak, kawen, beranak, minimum 5 orang. MINIMUM. sebab ada makcik yang beranak 6, ada yang beranak 7

sepupu-sepupu paling tua, dah besar, kawen awal, beranak lagi
sampaikan adik aku sama baya dengan anak sepupu. main sama2, tapi pangkat makcik
memang dah lost nak kira semuanya. entah total sepupu dengan anak buah berapa orang. pangkat makcik pakcik pun entah mana satu.

itu tak campur dengan sepupu bapak yang datang menyelit sekali. adik arwah nenek, anak dia tak ramai, join family sepupu belah sini. dah ada pangkat pakcik sepupu, sepupu-sepapat kupu-kupu.

raya zaman dulu memang meriah, macam nak runtuh rumah kampung. tido berselerak, nasib la rumah kampung renovate 2 tingkat, anak kecik2.
ni dah besar, atok nenek pun dah arwah, rumah kampung pun dah usang. masing2 dah kerja, dah kahwin, dah meninggal, lost contact

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 27-4-2023 10:50 AM
belah2 sana ade bagi duit raya ke

Ada, sama je mcm malaysia. Depa pun panggil angpao juga.
Ikut trend bangsa tiongkok aka cina
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 05:59 PM | Show all posts
kumpul 3, 4 generasi dari 6,7 bradik mmgla ramai

family aku pn buat tapi kumpul dari 1 atuk dah 2ratus orang , dh penuh dewan sekolah nk buat family reunion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti tak putus2
ni anak sapeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Family belah ayah aku pun penah buat reunion mcm ni....weols book satu resort sbb mmg ramai..dlm 300-400 la mcm tu..buat 3h2m gituh sblm covid dulu
Kumpul segala mak nenek keturunan bagai
Siap ada mcm2 xtvt ngan lucky draw lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 08:21 PM | Show all posts
family belah tok nyang aku pernah buat, siap ada sukaneka bagai. Dari siam pun mai jugak, awkward gile bila time berkumpul kenalkan family tree
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 27-4-2023 02:47 PM
sedara aku belah utara ramai, tapi idok ler sampai beratus gini

total pakcik makcik aku, 12

Hang musti jadi atuk/nenek sedara pada usia yg muda..

Dah tua2 mmg sumer lost contact..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkumpul dgn yg kenal dh la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067219 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list