Himpunan MADANI Kedah 2023 yang dijadual berlangsung di Dataran Stargate di sini, Jumaat ini dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang. Pengarah Jawatankuasa Induk himpunan itu, Datuk Zamri Yusuf, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadual hadir dan dijangka menyampaikan ucapan pada program itu.
Zamri yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, himpunan itu akan bermula pada 5 petang membabitkan sesi pidato wakil masyarakat termasuk belia dan mereka akan turut memberikan pandangan mengenai konsep Malaysia MADANI.
"Objektif himpunan ini untuk kita terapkan masyarakat mengenai konsep MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Zamri yang juga ADUN Suka Menanti berkata, masyarakat yang hadir pada himpunan itu juga boleh berinteraksi dengan pemimpin sebelum dan selepas sesi pidato berlangsung. Sumber: BERNAMA
|
clara_nur replied at 27-4-2023 02:02 AM
satu nak ckp, sapa2 yg join tu mmg kagumla tgk..
kedah lani panaih bahang..
tak kosa nk sesak2 ram ...
clara_nur replied at 27-4-2023 02:02 AM
satu nak ckp, sapa2 yg join tu mmg kagumla tgk..
kedah lani panaih bahang..
tak kosa nk sesak2 ram ...
KamikuP replied at 27-4-2023 05:13 PM
Sanusi tengok dari jauh je ke? ekekeke
clara_nur replied at 27-4-2023 02:02 AM
satu nak ckp, sapa2 yg join tu mmg kagumla tgk..
kedah lani panaih bahang..
tak kosa nk sesak2 ram ...
ChildrenOfBodom replied at 27-4-2023 09:40 PM
rumah terbuka Nusi 50k orang mai
https://www.sinarharian.com.my/article/255986/edisi/utara/orang- ...
caprut replied at 28-4-2023 02:01 AM
Org kedah ni x pnh pergi open house pmimpin besar ke? Lain mcm dia kagum prgi open house sanusi
clara_nur replied at 29-4-2023 06:04 PM
tahlaa...kalo tgk gmbr majlis semalam..
mcm tak capai sasaran 10 ribu..
clara_nur replied at 29-4-2023 06:04 PM
tahlaa...kalo tgk gmbr majlis semalam..
mcm tak capai sasaran 10 ribu..
Suchi replied at 29-4-2023 07:48 PM
Smlm ke? Ingatkan hari ni
Bkn 29 eh
B40tastePosh replied at 29-4-2023 07:54 PM
Tak meriah....mungkin sebab takda Gulai kot....kena post mortem bab lauk pauk Jamuan Raya
ADVERTISEMENT