CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Perempuan Lemas Di Lata Changkah

26-4-2023 09:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 401| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang remaja perempuan ditemukan lemas ketika mandi-manda di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, di Setiu tengah hari tadi.

Mangsa, Nor Alia Farhana Mat Zaid, 20, berkelah bersama enam saudara perempuan yang lain, sebelum ditemui lemas pada kira-kira jam 12.15 tengah hari.


Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata petugas perubatan berusaha memberi rawatan awal, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

"Saksi kejadian yang juga bapa saudara mangsa mengatakan anak saudarnya tenggelam ke dasar jeram dan dibantu saudara lain naik ke darat tetapi gagal," katanya di sini, hari ini.

Afandi berkata, mayat dihantar ke Hospital Setiu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042798 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top