CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Maut, Kereta Buat 'U-Turn'

26-4-2023 08:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 545| Komen: 0|Original author: Tatod

Seorang pelajar lelaki maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Kuching/Serian di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.40 malam itu, mangsa yang maut ialah Alessandro Montawai Mojik, 19, beralamat di Kampung Bengoh, Puncak Borneo yang juga penumpang kereta.

Rakannya yang memandu kereta terbabit, Brandon Ijau Walter Crammer, 19, dari Taman Penrissen Height Batu 11, cedera parah.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, pemandu 4WD berusia 32 tahun tidak cedera.

Katanya, kemalangan berlaku ketika kereta dari arah Kuching membuat pusingan U di lampu isyarat lampu isyarat Batu 11.

"Kereta membuat pusingan U, dipercayai semasa lampu isyarat masih merah dan 4WD bergerak lurus di lorong kanan dari arah bertentangan dari arah Serian menghala ke arah Kuching melanggar kereta itu," katanya kenyataan hari ini.


Abang Zainal berkata, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan penumpang kereta disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 2.51 pagi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.098388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top