Seorang EXCO kanan Melaka yang didakwa mempunyai skandal dengan seorang wanita, tidak perlu bercuti daripada tugasnya. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata dakwaan berkenaan tidak sahih dan boleh dianggap sebagai fitnah.
"Tak perlu pun bercuti, (dakwaan) tak sahih," katanya ketika dihubungi, hari ini. Semalam, Ab Rauf dilapor menyifatkan tuduhan terhadap seorang EXCO kanan mempunyai skandal sebagai fitnah zaman moden yang tersebar di media sosial dengan cepat. Katanya, ia adalah permainan musuh politik yang dilihat tidak senang dengan kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan negeri ketika ini. Ab Rauf dilaporkan mengetahui asal usul kontroversi itu selepas meneliti perkara yang ditularkan, namun menyerahkan kepada EXCO berkenaan sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan lain yang difikirkan wajar.
Sumber: BH ONLINE
|
ADVERTISEMENT