CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Sekeluarga Selamat, Kereta Dinaiki Terbalik Dalam Longkang

26-4-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 248| Komen: 0|Original author: Tatod

Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki warga emas terselamat selepas kereta dinaiki terbabas serta terbalik ke dalam longkang di Jalan Kuala Kubu Bharu - Ampang Pechah, di sini, hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki empat individu berusia tiga hingga 80 tahun.

"Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Ampang Pechah.

"Tiga daripada empat mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Morni berkata, mangsa lelaki warga emas pula dikeluarkan oleh anggota bertugas.


Menurutnya, semua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046173 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top