CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlu Bantuan Selamatkan Umi Yang Buta Dan Parah Dilanggar

26-4-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1292| Komen: 20

Kulai: "Saya anggap kehadiran Umi sebagai ujian. Kalau tak bantu seolah-olah saya menolak ujian Allah kepada saya," kata pemandu e-hailing, Mohamad Habil Jaffri.

Mohamad Habil, 33, kini buntu memikirkan bagaimana mendapatkan wang untuk menyelamatkan Umi iaitu kucing betina yang buta kedua matanya dan perlu menjalani tiga pembedahan.


Ia berlaku selepas Umi cedera parah pada bahagian kaki kiri, paha serta tulang pinggang dipercayai akibat dilanggar.


Foto: Harian Metro

Menurut Mohamad Habil, dia sudah membawa Umi ke sebuah klinik veterinar di Johor Bahru semalam bagi menjalani pembedahan tulang pinggang yang membabitkan kos sebanyak RM3,449 dengan sebahagian besarnya hasil sumbangan orang ramai dan bakinya menggunakan duit simpanan sendiri.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk kos rawatan di klinik memandangkan Umi kini ditahan di wad kemungkinan selama empat hingga lima hari sejak semalam.


Bercerita lanjut, Mohamad Habil yang menetap di Taman Gemilang, di sini, berkata, dia sebelum ini hanya memelihara 13 ekor kucing jalanan.

Empat hari sebelum Aidilfitri, Mohamad Habil dan ibunya, Zaliha Omar, 64, dikejutkan dengan kehadiran Umi di hadapan rumah mereka dekat Taman Gemilang, di sini.

"Saya terperanjat apabila melihat Umi kerana sukar nak melihat kucing berkeliaran di kawasan perumahan kami dan syak ia dibuang seseorang mungkin kerana saya pernah beri alamat rumah di laman sosial.

"Saya tak tahu Umi buta dan hanya sedar selepas memanggilnya kemudian nampak ia melihat ke arah berlainan.

"Ikut hati mahu saja saya letakkan Umi dalam sangkar bersama kucing peliharaan lain namun takut berlaku jangkitan dan saya pula tiada sangkar lebih.

"Jadi, saya biar Umi di luar dulu tetapi berinya makan dan minum supaya tidak kelaparan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dua hari selepas itu, Mohamad Habil menerima maklumat daripada jiran yang mereka ternampak seekor kucing di kawasan perumahan dalam keadaan berlumuran darah.

"Ibu pergi tengok dan nampak kucing itu rupanya Umi. Umi ditemui dengan badannya berlumuran darah dipercayai kerana dilanggar malah tak dapat berjalan seperti sebelum ini.

"Jujurnya saya tak tahu nak buat apa kerana saya bukan orang senang jadi terfikir bagaimana jika mengambilnya memandangkan Umi sudah tentu perlu dihantar ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

"Jadi saya minta pandangan rakan dan pengikut di laman sosial. Ada yang suruh buang tetapi segelintir lagi pencinta kucing cadangkan pelihara dulu dan bawa Umi ke klinik veterinar," katanya.

Mengenangkan keadaan Umi yang kritikal, Mohamad Habil tiada pilihan kecuali memohon sumbangan orang ramai menerusi laman sosial.

"Sebenarnya, saya malu sangat kerana bukan jenis yang suka meminta-minta dan tak pernah mohon sumbangan sesiapa sebelum ini.

"Bagaimanapun, keadaan memaksa kerana saya bukan orang senang, hanya seorang pemandu e-hailing dan pendapatan pun tidak menentu serta perlu menyara ibu menghidap diabetes yang tinggal bersama.

"Syukur Alhamdulillah, ada juga yang menyumbang cuma Umi memerlukan dua lagi pembedahan membabitkan kaki kiri, paha dan betisnya," katanya.

Mohamad Habil berkata, satu lagi prosedur perlu dijalankan Umi adalah membersihkan kornea matanya yang dipercayai buta akibat perbuatan khianat manusia tidak berhati perut dan juga rawatan susulan selepas pembedahan seperti X-ray, buka jahitan serta proses pemandulan.

"Anggaran kos diperlukan sebelum, semasa dan selepas ketiga-tiga pembedahan adalah RM7,000.

"Kesemua rawatan itu bertujuan memastikan Umi sihat seperti kucing lain di luar sana," katanya yang akan terus berusaha mencari dana menampung kos pembedahan bagi menyelamatkan nyawa Umi.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141402999 atau MAE Maybank di nombor 007330014472 atas nama Mohamad Habil Jaffri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 26-4-2023 06:37 PM
Setiap kesusahan pihak lain, adalah ujian utk kita. Mudah2an ramai yg sudi membantu..
Quote Belibis 26-4-2023 08:02 PM
Kenapa vet tak cadangkan agar di'tidur'kan jer? Alangkan orang kena kobid pun laju jer kena tidur.
Quote salimrock 27-4-2023 10:24 AM
Belibis replied at 26-4-2023 08:02 PM
Kenapa vet tak cadangkan agar di'tidur'kan jer? Alangkan orang kena kobid pun laju jer kena tidur.

PTS kan je la, kesian binatang tu...
Quote mejaputih 27-4-2023 10:31 AM
sian kucing tu terseksa...mcm kucing my fren kena langgar teruk internal organ dia...my fren agree utk PTS sbb tak sanggup biarkan kucing tu in very painful condition...tp mmg nangis gila2 la dorg sekeluarga masa usap2 say goodbye to the cat....
Quote Samerosie 27-4-2023 10:35 AM
The difference with western (kafir) and malaysia (melayu).  Kafir lagi ada belas kasihan.
Kalau pets dah sakit PTS je that is the best dari dia tanggung sakit sampai mati.  Manusia pun ada DNR.
Quote fairiza 27-4-2023 10:48 AM
Aku kenai abil ni. Lama dah since cite dia jumpa anak kucing kat dlm kotak org buang.
Adam nama kucing dia. Besaq dah. Memula dia x amik tp malam tu dok teringat dia p balik amik. Ye la weh anak kucing xde mak tinggai terkontang kanting dlm kotak.
Kucing yg umi ni asal dia org letak kat umah dia aka buang. Kucing tu mcm buta. Menula abil nak buang p psar since jiran kiri kanan dok bising bla bla taik kucen bagai. Tp ramai dok pujuk jgn buang tp abil ni bwk grab je kais pagi makan pagi kais ptg makan ptg. Nak beli cage bkn singgit dua. Yg dok suh jaga pakai air liur je.. pastu abil x buang lg ke psr.. p bwk grab mcm biasa and biar je umi ni kat luar.. tup tup jiran call ckp tgk umi ni kejung kat tgh2 jln rupanya kene langgar. Sedih plak aku ni baca tp sbb bz x dan nak transfer duit bagai.. 3 hari abil mintak tolong sbb nak beli cage cuma dpt x sampai rm200 pun weh.
Pastu nampak umi kene lnggar
Aku mintak abil open ig dia jgn private then htr kat kwn2 kucing semua. Alhamdulillah dptla kumpul dlm 2k++
Bil sbnr dlm 5k. Tp kucing tu xde la teruk sgt cuma kaki patah mata buta sbb infection.
Ni dah operate tp duit rs x cukup lg utk byr habis, rs abil byr dep dulu.
Korang kalau nak derma, derma la eh. 10-20 pun ok.
Quote Triple_8 27-4-2023 10:53 AM
Samerosie replied at 27-4-2023 10:35 AM
The difference with western (kafir) and malaysia (melayu).  Kafir lagi ada belas kasihan.
Kalau pet ...

Mengapakah kafir itu perlu dibandingkan dengan Melayu, bukannya dengan Islam? Provokasi murahan.

Kafir itu soal akidah, Melayu itu soal bangsa.
Quote fairiza 27-4-2023 10:53 AM
Aku rs xde la abil ckp kritikal pun. Kdg2 sokabar ni mmg over hahahahah. Kos hari tu abil bgtau dlm 5k. Tak pasti lak bila cecah 7k. Dia jenis semua bill resit nanti dia bg kita tgk. Mmg dia siap2 pesan masuk duit letak reference kucing buta kalau x silap sbb takut tpakai. Wpun dia kenis xde duit insha allah dia amanah orgnya.
Quote salimrock 27-4-2023 11:24 AM
mejaputih replied at 27-4-2023 10:31 AM
sian kucing tu terseksa...mcm kucing my fren kena langgar teruk internal organ dia...my fren agree u ...

aku pernah tgk kucng kena langgar dgn kereta kt round about, menggelitis kucing tu, kesian betull aku pn pusing 1 round lg dgn niat utk menamatka penderitaan kucing tersebut dgn melanggar lg sekali..


ish tak sampai hati pulak , takut menyesal atau sedih, aku elak kucing tu, dan teruskan perjalanan


tp kalao ada pistol, atau sianida mgkn aku berani kot, utk menamat kan penderitaan, bukan bunuh suka2..


kucing aku pn ada seekor pernnah id PTS kan , Doc ckp dia sakit liver, takde harapan utk sembuh, sama ada mati secara semula jadi, atau kita taman kan penderitaan dia dgn suntikan PTS / put to sleep.

doc cadangkan PTS,

pastu doc tu cakap dia pernah pergi ladang babi PTS kan byk babi sebab penyakit,

babi, ayam,  bunuh  utk elakkan penyakit berjangkit
Quote mejaputih 27-4-2023 11:29 AM
kiranya kucing ni masih boleh diselamatkan la kan?
Quote mejaputih 27-4-2023 11:30 AM
tajuk artikel parah...sbnrnya parah ke tak?
Quote Samerosie 27-4-2023 11:39 AM
Triple_8 replied at 27-4-2023 10:53 AM
Mengapakah kafir itu perlu dibandingkan dengan Melayu, bukannya dengan Islam? Provokasi murahan.

...

Dah memang melayu pun yg suka bela sampai sakit/nyanyuk.  Sedangkan islam pun ada cara nak sembelih binatang supaya swift death.
Quote sangbara2020 27-4-2023 11:44 AM
uolls nak tau...ade je yg amik kesempatan selamatkan kucing2 sakit nih mtk derma...
ada tau grup binatang2 sana modus depa cmnih...
duit kemana binatang sakit kemana....
iolls xpenah la nk menderma
Quote Triple_8 27-4-2023 12:06 PM
Samerosie replied at 27-4-2023 11:39 AM
Dah memang melayu pun yg suka bela sampai sakit/nyanyuk.  Sedangkan islam pun ada cara nak sembeli ...

Sekali lagi, dari mana anda tahu kaum Melayu yang suka bela haiwan sampai sakit atau tua? Buat survey online ka?

Lagi satu, apa pasal anda bandingkan Melayu dengan kafir dan bukan dengan Islam?

Quote Kurex 27-4-2023 12:12 PM
Semoga dipermudahkan...
Quote ninja boy 27-4-2023 12:26 PM
Ingatkan manusia, kucing rupanya
Quote Samerosie 27-4-2023 12:40 PM
Triple_8 replied at 27-4-2023 12:06 PM
Sekali lagi, dari mana anda tahu kaum Melayu yang suka bela haiwan sampai sakit atau tua? Buat sur ...

Lahai kau ni, baca artikel mana lepas tu nak meroyan kat sini.  Nak tanya bela sampai sakit atau tua pula?  
kucing betina yang buta kedua matanya dan perlu menjalani tiga pembedahan.
Ia berlaku selepas Umi cedera parah pada bahagian kaki kiri, paha serta tulang pinggang dipercayai akibat dilanggar.
Inikan pula artikel ni sendiri dah cakap dah la buta, kena langgar siap gambar lagi merekut macam tu?  Itu bukan sakit kah atau saja dia sejuk je.

Besides, kau duduk kat Marikh kah sampai tak pernah tahu ada manusia yg bela kucing/anjing sampai tua?  Sampai nyanyuk terbesey terberak sana sini? Kadang2 kucing tu ada cancer pun tak bawa ke vet.

Selain aku ada je lagi 2-3 forumer yg agree to PTS.  Susah antivaks camni la bengap.  Kafir vs melayu..ok aku cakap sekarang kafir vs islam kau.





Quote Triple_8 27-4-2023 12:47 PM
Samerosie replied at 27-4-2023 12:40 PM
Lahai kau ni, baca artikel mana lepas tu nak meroyan kat sini.  Nak tanya bela sampai sakit atau t ...

Saya tak bawa isle. Nabi Muhammad saw yang bawa, masih nak bandingkannya lagi dengan kekufuran?
Quote zehra2 27-4-2023 12:47 PM
vet kat sini mmg tk kan pts.
jd aku amik la grey yg terdampar kat tepi family mart setelah 14 hari warded.
trauma dilanggar mata nya buta.
tp lain2 ok. bil tk usah cerita lah tp vet dh bg byk  bg diskaun. staf klinik pun layan suapkn mkn utk seminggu yg pertama. sbb rahang grey luka tk tau brapa lama tk mkn.
gitu ler crita aku & kucing buta kutip.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042353 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top