IPOH – Aktiviti ziarah raya sebuah keluarga bertukar pilu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan ditemui lemas dalam kolam renang di rumah datuknya di Tambun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 10.30 malam daripada pihak hospital berkaitan kematian akibat lemas. Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah kolam renang kanak-kanak yang terletak dalam sebuah rumah milik datuk mangsa. “Mangsa bersama kedua ibu bapanya datang ke rumah itu kerana menziarahi ahli keluarga sempena hari raya Aidilfitri. Bagaimanapun, mangsa dijumpai bapanya pada pukul 8.45 malam dalam keadaan terlentang dan terapung di dalam kolam tersebut. “Mangsa yang tidak sedarkan diri segera dibawa naik dan dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Menurut beliau, bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu telah dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini dan punca kematian akibat mati lemas. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan berpatutan. “Orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak di bawah jagaan masing-masing tanpa pengawasan bagi mengelakkan tragedi tidak diingini,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Adeakukesah11 replied at 26-4-2023 08:55 PM
Ni kes kwn aku. Terkejut gak memula bila tahu anak die meninggal rupanya sbb mati lemas. Katanya wak ...
Adeakukesah11: Ni kes kwn aku. Terkejut gak m ...
ladybugz replied at 26-4-2023 10:27 AM
antara sebab i mmg teragak2 nk buat pool kat rumah. selain maintenance, safety issues juga paling ut ...
SecretLuv replied at 27-4-2023 01:55 AM
Kalau tgh solat pun, patutnya seorang tunggu la dulu yang lain habis solat.. Dah tahu ada budak ke ...
Adeakukesah11 replied at 26-4-2023 08:55 PM
Ni kes kwn aku. Terkejut gak memula bila tahu anak die meninggal rupanya sbb mati lemas. Katanya wak ...
ADVERTISEMENT