CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidap Penyakit Jantung Berlubang, Lebihan Tulang Belakang Dan Lidah Pendek, Anak Lahir Tanpa Cuping Dan Lubang Telinga

26-4-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1384| Komen: 22

Marang: "Saya anggap ini ujian Allah SWT buat saya apabila anak tunggal Ahmad Shaheer Rafael Mohd Sabri yang berusia tiga tahun dilahirkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan," kata Mohd Sabri Samsudin, 38, dari Kampung Titian Rawa, dekat sini.


Menurutnya, paling ketara adalah kedua belah telinga anaknya tidak mempunyai cuping malah lubang telinga juga tidak ada selain didiagnos menghidap penyakit jantung berlubang, lebihan tulang belakang dan lidah pendek.

Katanya, walaupun pada mata kasar dilihat mengalami pelbagai penyakit namun dia bersyukur kerana anaknya aktif dan mampu bergerak seperti individu normal.

Foto: Harian Metro

"Buat masa sekarang anak saya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani rawatan susulan manakala Hospital Kemaman pula bagi menjalani rawatan berkaitan telinga.

"Sepatutnya hari ini anak saya perlu melalui satu ujian penggunaan alat bagi mengetahui sejauh mana sistem pendengarannya boleh berfungsi namun pihak hospital menangguhkan buat sementara waktu," katanya yang juga seorang pesara tentera.


Menurutnya, dia kini hanya melakukan kerja sendiri termasuk berniaga air pada bulan Ramadan manakala isterinya Roslina Mohd Zin, 34, bekerja di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Katanya, dia berharap kesihatan anaknya kembali pulih selain sistem pendengaran anaknya juga sesuai dengan alatan yang ingin diuji pihak hospital.

Mohd Sabri berkata, ayah mana yang ingin melihat anaknya menghidap pelbagai penyakit, begitu juga dengannya ketika menantikan kelahiran anak pertama selama tujuh tahun.

"Alhamdulillah, walaupun anak saya tidak mempunyai cuping dan lubang telinga namun dia memahami sekiranya dia diarahkan berbuat sesuatu.

"Contohnya, apabila saya memintanya untuk turun dari sofa maka Shaheer Rafael, akan turun dan ia menunjukkan perkembangan positif buat anak saya itu," katanya.

Menurutnya, bagi membantu menaikkan berat badan anaknya dia terpaksa menggunakan susu bersesuaian dan setiap bulan lebih RM1,000 diperuntukkan untuk kos ke hospital dan pengurusan anaknya itu.

Katanya, dia juga dimaklumkan lebihan tulang belakang anaknya perlu melalui pembedahan membuang tulang berkenaan bagi mengelak kesan jangka panjang apabila anaknya membesar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 26-4-2023 04:36 PM
Kesiannya. Harap fokus dulu la pd anak yg ni.
Quote pooh~key 26-4-2023 04:40 PM
Nasib baik lubang jubur ada lagi dek.
Quote Knowlee 26-4-2023 09:14 PM
KKM dah kena mula giatkan lagi genetic counselling, especially kepada couple yg ada anak masalah genetik mcm ni. Nasihatkan supaya tidak beranak lagi. Fokus pada sorg anak tu saja. Kena buat genetic test, tengok both parents, siapa yg ada gene mutations. Byk kes yg anak pertama ada genetic mutation, parents beranak lagi, sampai 2-3 orang anak ada genetic mutations lahir. Lagi satu, parents ni adakah daripada Consanguineous marriage. Cuma satu je la masalahnya, tak ramai geneticist kat dalam Malaysia ni.
Quote sharlenetexas 26-4-2023 09:20 PM
pooh~key replied at 26-4-2023 04:40 PM
Nasib baik lubang jubur ada lagi dek.

Takde lubang dubur boleh buat lubang. Baby jiran iols lahir mcm tu. Masa umur berapa bulan tah dia operate.



Quote sharlenetexas 26-4-2023 09:26 PM
Edited by sharlenetexas at 26-4-2023 09:29 PM
Knowlee replied at 26-4-2023 09:14 PM
KKM dah kena mula giatkan lagi genetic counselling, especially kepada couple yg ada anak masalah gen ...


Masa iols zmn sekolah dulu ada student kena sakit genetik. Semua siblings dia kena mcm tu. Enam orang. Masa sekolah rendah dia ok. Naik sekolah menengah dia berperangai pelik. Dia tak boleh fokus. Duk merayau kat kawasan sekolah. Pernah sekali dia main2 dengan pen lepas tu dakwat terpercik kena cikgu. Dia dah lama meninggal. Umur tak sampai 20. Iols tak pasti sgt dia sakit macamana tapi mmg masuk paper, mhi tv3. Tak silap otak mereka kecut dan ada kaitan dgn sumsum tulang. Ada adik dia dibawa berubat ke us. Mak dia nurse, ayah dia askar.

Quote darkness 26-4-2023 09:47 PM
Knowlee replied at 26-4-2023 09:14 PM
KKM dah kena mula giatkan lagi genetic counselling, especially kepada couple yg ada anak masalah gen ...

Sy teringat sorang ahli group mengandung dkt page fb. Kali ke 3 dia test genetic rupanya genetic problem berpunca dr suami. Anak2 sebelum.ni 2 org mmg mcm2 masalah ada..time pregnant anak ke 3, dia kena suru hospital buat ujian genetic bersama suami. Baru2 doc call ruoanya husband yg ada masalah...dan tgh tunggu timing nak beritahu suamj dia. Kesian sgt...katanya mmg besar kemungkinan anak yg dikandung pun ada masalah krsihatan..
Quote kotakbaju 26-4-2023 10:04 PM
Kalau nak test genetic boleh buat di mana, hanya di hospital saja kah
Quote kotakbaju 26-4-2023 10:06 PM
sharlenetexas replied at 26-4-2023 09:26 PM
Masa iols zmn sekolah dulu ada student kena sakit genetik. Semua siblings dia kena mcm tu. Enam or ...

Nampaknya orang yang ada penyakit berkaitan genetik ni cam tak dapat hidup lama. Adik beradik dia yg lain macam mana masih hadapi penyakit genetik tu lagi ke
Quote dua_chzy 26-4-2023 10:14 PM
Semoga dipermudahkan semua urusan anak ini dan keluarganya.
Quote sharlenetexas 26-4-2023 10:31 PM
kotakbaju replied at 26-4-2023 10:06 PM
Nampaknya orang yang ada penyakit berkaitan genetik ni cam tak dapat hidup lama. Adik beradik dia  ...

Tadi google jumpa kisah mereka adik-beradik https://www.goodreads.com/book/show/37120522-zuriat


Quote pooh~key 27-4-2023 08:21 AM
sharlenetexas replied at 26-4-2023 09:20 PM
Takde lubang dubur boleh buat lubang. Baby jiran iols lahir mcm tu. Masa umur berapa bulan tah dia ...

Oh mujur boleh operate buat saluran kan sis. Alhamdulillah, sister.
Quote Samerosie 27-4-2023 08:36 AM
Walaupun macam ni, chomel kau dekkkkk.

Genetic tests mahal, kalau b40 pergi setakat kkm beranak pun spital kerajaan susahlah.. Sekali buat rm5-7 ribu mana nak cari..sedangkan amniotic test tu pun beribu juga.
Quote Knowlee 1-5-2023 11:55 AM
sharlenetexas replied at 26-4-2023 09:26 PM
Masa iols zmn sekolah dulu ada student kena sakit genetik. Semua siblings dia kena mcm tu. Enam or ...

Ya, kalau semua adik beradik ada penyakit genetik, meaning genetic mutation tu dominant dan homozygous. Sebab tu pentingnya genetic counselling. I pernah involve dlm genetic test ni, ramai sgt patients. Every year bilangan bertambah. Tu baru kat Hospital Kuala Lumpur saja tau.
Quote Knowlee 1-5-2023 12:00 PM
darkness replied at 26-4-2023 09:47 PM
Sy teringat sorang ahli group mengandung dkt page fb. Kali ke 3 dia test genetic rupanya genetic p ...

I pernah involve dgn genetic test ni. Bila kami jumpa genetic mutation dlm si anak, kami minta darah ibu dan bapa jugak. Kebanyakan mmg mutation tu daripada si bapa, especially translocation. Translocation ni bila 1 bahagian daripada 1 kromosom berpindah ke kromosom yg lain, dia bercantum dlm kromosom tu. Menyebabkan penghasilan protein terganggu. Mmg kucar kacir genetik. Ada jugak yg mutation jenis deletion, yg mana sebahagian besar kromosom tu hilang. Ada yg tambah pulak, dia jadi extra copy. Macam-macam. Kekadang I fikir, selain keturunan, environment dan pemakanan kita pun mempengaruhi semua ni. Sbb pencemaran udara, air, mmg ada contribute pada genetic mutation. Makanan proses pun sama. Organic food pun belum tentu 100% organic. So, kita hanya mampu jaga mana yg kita mampu kawal saja.
Quote krustykrab 1-5-2023 12:56 PM
Knowlee replied at 26-4-2023 09:14 PM
KKM dah kena mula giatkan lagi genetic counselling, especially kepada couple yg ada anak masalah gen ...

Tp kan tgk yg dok jaga keturunan mcm syed seripah, raja, putra putri ni elok je keturunan diorg takde pun cacat mcm marhain...
Mcm kerabat brunei pun kawin dr ancestors yg sama kan?
Quote krustykrab 1-5-2023 01:01 PM
darkness replied at 26-4-2023 09:47 PM
Sy teringat sorang ahli group mengandung dkt page fb. Kali ke 3 dia test genetic rupanya genetic p ...

Biasanya bila masalah berpunca dr suami, susah org nk terima esp suami & fsmily dia.
Quote Knowlee 2-5-2023 07:21 AM
krustykrab replied at 1-5-2023 12:56 PM
Tp kan tgk yg dok jaga keturunan mcm syed seripah, raja, putra putri ni elok je keturunan diorg ta ...

Kalau ada genetic mutation dlm family diorg, tetap jadi jugak. Kita mana nampak, kita tak attend patients. Kalau takde genetic mutation, takde masalah apa-apa.
Quote Simunggu 2-5-2023 07:33 AM
apakah ini salah vaksin juga??? atau 1MDB???
Quote Cassieopeia 2-5-2023 09:12 AM
moga dimudahkan urusan adik ni dan keluarganya.. comel

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051441 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top