CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Sesak Tak Sempat Sampai Hospital- Isteri Dah Terberanak Dalam Kereta, Bayi Dipanggil Mat Triton

26-4-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 991| Komen: 11

Rembau: Hasrat seorang lelaki untuk menyambut sendiri kelahiran anak keempat menjadi kenyataan apabila isterinya bersalin di dalam kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka ketika dalam perjalanan ke hospital.


Gara-gara insiden kira-kira jam 9.45 malam Isnin lalu itu, anak lelaki kepada Mohd Safiq Jamaluddin, 36 dan Nor Anis Mohd Arif, 37, itu digelar Mat Triton sempena nama model kenderaan berkenaan.

Menceritakan saat cemas itu, Mohd Safiq berkata, isteri mengadu sakit perut sejak pagi pada hari raya ketiga itu, namun enggan ke hospital kerana jangkaan kelahiran masih lambat.


Foto: Harian Metro

"Isteri saya dijangka bersalin 8 Mei, jadi ada masa kira-kira dua minggu lagi. Sejak pagi, isteri mengadu sakit perut dan saya mencadangkan supaya ke hospital, namun dia tidak mahu.

"Sekitar jam 9.45 malam, kami ke Hospital Rembau dari rumah di Kampung Batu, di sini, dan jaraknya hanya kira-kira lapan kilometer (km) sahaja. Ketika dalam perjalanan, isteri memaklumkan bayi sudah keluar," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Menurutnya, ketika dalam perjalanan jalan agak sesak mungkin disebabkan orang ramai keluar beraya menyebabkan masa perjalanan lebih lama walaupun jarak ke hospital hanya lapan km.

"Masa masuk kenderaan memang isteri duduk menghadap ke arah kerusi sambil memeluk penyandar. Ketika dalam perjalanan saya terdengar air ketuban keluar dan isteri beritahu bayi sudah keluar.

"Saya minta isteri bertahan sehingga sampai ke hospital. Kali ketiga isteri beritahu bayi sudah keluar, saya terus meraba di tempat duduk dan terasa seperti kepala bayi.

"Sambil meminta orang ramai memberi laluan, saya selak kain dan mendapati bayi sudah keluar di atas kerusi. Bayi kami terus menangis dan saya bergegas ke hospital kerana jaraknya sudah dekat.

"Sebaik tiba, pengawal keselamatan memberikan bantuan dengan menghubungi kakitangan hospital yang kemudian melakukan tugas mereka untuk menyelesaikan bayi terlebih dahulu," katanya.

Kakitangan kerajaan itu berkata, dia memang berhasrat untuk menyambut kelahiran anak keempat ini kerana tidak berkesempatan melakukannya terhadap tiga anak lain.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu kawan mengenai hasrat saya ini, namun mereka mendakwa dengan SOP (prosedur operasi standard) hospital ketika ini, agak mustahil untuk menyambut anak sendiri.

"Namun, tidak disangka insiden ini berlaku dan saya berpeluang menyambut kelahiran bayi kami walaupun dia dilahirkan dalam keadaan yang agak mencemaskan. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua selamat dan dipermudahkan.

"Beza umur anak keempat dan anak ketiga agak jauh, jadi ramai yang beritahu proses bersalin akan lebih lama dan sakit. Namun, ia dipermudahkan, malah lebih cepat dari tarikh sepatutnya'," katanya.

Jelasnya, disebabkan belum memberikan nama kepada bayi itu, anaknya digelar Mat Triton dalam kalangan ahli keluarga, malah kakitangan juga merujuknya dengan gelaran itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 27-4-2023 11:03 AM
Panggil je la dgn nama yg elok..
Quote salimrock 27-4-2023 11:13 AM
Sazreena replied at 27-4-2023 11:03 AM
Panggil je la dgn nama yg elok..

ada puak2 orang asli mmg mcm tu, apa yg dia nampak selepas bersalin tu , atau berkaitan selepas bersalin
cth nampak pokok, bg nama pokok tu, meranti, jati,  atau pn bulan , purnama, suria, mentari,  

skrg triton, hilux, veilfire, aphard,





Quote Triple_8 27-4-2023 11:31 AM
salimrock replied at 27-4-2023 11:13 AM
ada puak2 orang asli mmg mcm tu, apa yg dia nampak selepas bersalin tu , atau berkaitan selepas be ...

Patutla ada orang bernama pooh~key.
Quote jejaka_hensem 27-4-2023 11:35 AM
Kuat ke bunyi air ketuban pecah?
Sebab suami kat depan pun boleh dengar baca dalam artikel tu
Quote Blabbermouth 27-4-2023 11:39 AM
joke or comment made in the past might come back to haunt the person later
Quote sangbara2020 27-4-2023 11:47 AM
kg batu mn chuolls...
area sana mmg kedudukan penduduk org asli..
Quote Sazreena 27-4-2023 11:51 AM
salimrock replied at 27-4-2023 11:13 AM
ada puak2 orang asli mmg mcm tu, apa yg dia nampak selepas bersalin tu , atau berkaitan selepas be ...

Yang tu kita pahaam. Mcm org dedolu pun nama ikut hari atau nama orang yang menyambut baby tu. Tapi skang pun ramai je orang asli yg dah pandai pilih nama.
Quote salimrock 27-4-2023 11:57 AM
Sazreena replied at 27-4-2023 11:51 AM
Yang tu kita pahaam. Mcm org dedolu pun nama ikut hari atau nama orang yang menyambut baby tu. Tap ...

skrg dah ada orang asli nama peter, mike, melissa , sharifudin, liza, Lina, selina, Nurul , siti ,

dulu kat uitm ada org bumiputera nama islam ( tak igt la apa, nurul ke, nor ke ) free hair,  time puasa dia pn kena makan senyap2 tak boleh depan orang, sebab nama cam islam

Quote Sazreena 27-4-2023 12:52 PM
salimrock replied at 27-4-2023 11:57 AM
skrg dah ada orang asli nama peter, mike, melissa , sharifudin, liza, Lina, selina, Nurul , siti , ...

At least dia respek gak org yang puasa. Yg mmg Islam dan nama kemain arab ni lak yg over tak reti puasa.
Quote noor2 27-4-2023 12:53 PM
Usahla memalukan anak masa depan dgn nama tah apa2....bodo

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050213 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top