CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Pemalas, Tak Pandai Memandu, Tak Jaga Anak- Balik Kampung Mentua Isteri Dibuat Macam Orang Gaji

26-4-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4142| Komen: 114

Seorang isteri tak tahan dengan perangai suaminya yang bukan sahaja malas membantu menguruskan rumah tangga, malah mengambil remeh hal ibadah seperti solat dan berpuasa.

Menerusi luahan yang dibuat kepada Ahmad Fedtri Yahya di Twitter, wanita itu berkata, sepanjang Ramadan hanya dia sahaja yang sibuk menguruskan anak-anak dan menyediakan juadah sahur serta berbuka.


Jelasnya, suaminya hanya tidur selepas balik kerja, malah pergi menunaikan solat tarawih walaupun tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa.

Gambar Hiasan

“Tahun ini balik beraya ke belah suami. Dia tidak pandai memandu. Sepanjang pulang ke kampung, dia hanya tidur di sebelah sahaja. Bila anak bising, dia cakap letih. Tetapi tak tahu apa yang dia buat seharian.

“Sampai sahaja kampung, mak mentua cakap mereka semua satu keluarga tidak berpuasa, termasuk adik-adik ipar semua. Dekat waktu berbuka, saya masak sebab tiada apa nak makan.


“Masuk waktu berbuka, mereka pun sibuk-sibuk nak makan seperti berpuasa. Saya minum air sikit dan solat. Bila sudah, tengok makanan tinggal sikit sahaja,” luahnya.

Tambahnya, dia berasa sangat penat kerana dia yang memandu jauh dalam kesesakan jalan raya dan menguruskan rumah tangga seharian dalam berpuasa.

“Lepas kenyang mereka satu keluarga di luar main mercun. Saya kena kemas dapur seorang diri. Yang lain semua bagi alasan kena jaga anak kononnya.

“Pagi raya ibu mentua dah minta saya masak rendang dan rebus ketupat. Sedangkan anak-anak perempuannya masih tidur, tengah hari baru keluar makan.

“Sampai sahaja rumah, saya sambung uruskan anak-anak, basuh kain dan lain-lain. Suami? Dia hanya tidur sahaja. Boleh naik gila saya dibuatnya,” katanya.

Luah wanita itu lagi, dia hanya bertahan dalam rumah tangganya itu hanya memikirkan anak-anak.

Katanya, dia pernah membuat aduan di pejabat agama, namun dinasihat pula agar bertolak ansur dengan suami.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 26-4-2023 01:45 PM
salahkan diri sendiri sebab fikir dia akan berubah lepas berkahwin, dia akan berubah lepas ada anak. bushit. sendiri cari pasal. lebih baik solo dari ternak biawak. cari baby angkat kat bosnia sana mata hijau, besarkan, lebih afdhal.
Quote renko 26-4-2023 01:49 PM
family apa lancau ni
serupa babi kandang perangai semua
Quote bottombikini 26-4-2023 01:51 PM
apabila berkonsep asalkan ber...

sambung sendiri lah
Quote prettyuglybabe 26-4-2023 01:56 PM
macam bau hasanah je..
but pompuan asalkan berlaki jua wujud..
Quote BoongaKertas 26-4-2023 01:58 PM
salah didikan mamat ni. tp iols lg tertarik dgr advise pejabat agama tu. rasa mcm nak baling kerusi plak ayat camtu. hahaha!
Quote DARSITA 26-4-2023 02:04 PM
Luah wanita itu lagi, dia hanya bertahan dalam rumah tangganya itu hanya memikirkan anak-anak.


Dah tu tak perlu la mengadu domba bagai .,, berserah dan beralah jer la sampai anak anak hang dewasa dan berumahtangga.


Quote plywood 26-4-2023 02:04 PM
Kelakarlah zaman internet ni.

Masing-masing meluah masalah keluarga masing-masing. Barangkali perkara-perakra spt ini juga ada dahulu tetapi tidak ada tempat untuk meluah, paling-paling pun majalah mastika  iaitu kalau ada pun ianya tak spt media sosial sekarang...

Sekarang ini dah ada tempat meluah dimana orang yang meluah itu dapat berkongsi perasaannya kepada berjuta-juta umat manusia melalui internet... barangkali dengan harapan.. entahlah dapat simpati kot.. atau nanti turun penyelamat dari kayangan.. atau mungkin juga untuk content dan prank semata..yg mana dapat memberi mereka kegembiraan dan kelegaan selepas dapat menipu umat marhaen..

apa pun media sosial ni boleh memberikan perkara positif tetapi boleh juga menajdi tempat toxic

aku terfikir juga, samada perlukah kerajaan campur tangan kerana keluhan atau rungutan spt ini adalah gambaran kepada apa yang berlaku dalam masyarakat.. kalau terlalu ramai maka itu menggambarkan masyarakat yang tidak sihat. masyarakat tidak sihat adalah tidak stabil susah untuk maju dan akan kehilangan hala  tuju..

barangkali bantuan psikiatri dengan capaian yang lebih mudah dan kebolehpercayaan yang tinggi.. ramai sahaja yang ambik jadi psikologi tak ada kerja.. meraka mungkin boleh ditempatkan di klinik2 kampung sana.. jadi, bolehlah kita berharap bila ada luahan spt ini dia juga akan menceritakan telah dapat bantuan dari pakar2 psikiatri diklinik2 kampng.. ada juga majunya skit..

Quote caca_eric 26-4-2023 02:06 PM
Kenapa la solat dulu baru makan
Konsep family iols, mkn dulu baru solat
Sama mcm kat masjid
Tak kurang pun pahala tu
Quote glump 26-4-2023 02:06 PM
Salah didikan ..ada parent membesarkan ank kerana tanggungjwp ..bagi budak besar Tak cedera,sakit dah memadai.budak tu tiada interpersonal skills ,tak tau common sense..dah besar kena sumpah seranah masyarakat ipar duai.silapnya didikan ketika dia kecil
Quote Belibis 26-4-2023 02:14 PM
Ada ke orang tak solat fardhu tapi rajin solat tarawih??? Sebab apa...godaan penat tarawih lagi terasa dari solat biasa.
Quote kam3n 26-4-2023 02:19 PM
Dah kalau anak2 pun laki anda tidak layan, buat apa nak simpan laki anda "demi anak-anak" lagi?
Quote cmf_premierleag 26-4-2023 02:24 PM
Padan la muka..sapa suruh TERkawen jantan looser mcm ni..sblm kawen takkan ko x spotcheck tgk family dia jenis cemana
So padan muka la kan
Ni mesti ms kawen dulu duk padankan muka andartu kan konon terpaling laku..skang, rasakan
Quote lattehazelnut 26-4-2023 02:29 PM
Edited by lattehazelnut at 26-4-2023 02:30 PM
caca_eric replied at 26-4-2023 02:06 PM
Kenapa la solat dulu baru makan
Konsep family iols, mkn dulu baru solat
Sama mcm kat masjid


Ios jenis minum 1.5 botol besar lepas buka..
So bdan berat sikit lepas buka nnti..
Plus boleh menikmati mknn gitew n pastu boleh kemas2 terus..

Time kecik pulak sbb nak tgk citer apa tah pkul 7.30..
Quote nazurah 26-4-2023 02:31 PM
Angkat kaki jek la sis… laki x function
Quote CatMiow 26-4-2023 02:38 PM
caca_eric replied at 26-4-2023 02:06 PM
Kenapa la solat dulu baru makan
Konsep family iols, mkn dulu baru solat
Sama mcm kat masjid

Ada orang makan sikit ,solat,baru sambung makan.
Mungkin kalau makan,nak kemas, urus anak,terlepas pula maghrib.
Quote Kitty_catz 26-4-2023 02:38 PM

jejantz species lemahhhhh

moga2  konek tok lakinya size senak la, kut tak, pi lupus tempat sampah je la sisturrr, apa pun tabuley pakai
Quote CatMiow 26-4-2023 02:39 PM
Rasa macam hasanah,ade ke lelaki tak reti memandu zaman ni,tapi duduk jauh dari family?.

Biasa tak reti memandu ni duduk dekat dengan famili.
Quote Rdizz 26-4-2023 02:40 PM
BoongaKertas replied at 26-4-2023 01:58 PM
salah didikan mamat ni. tp iols lg tertarik dgr advise pejabat agama tu. rasa mcm nak baling kerusi  ...

Betul sgt, rasa nk lempar kerusi ja, apa punya pej agama, tolak ansur sampai kena lanyak mcm kuli, last2 bunuh diri sebab dpt nasihat pelik dr pej agama yg eee

Lelaki biawak dan keluarga mertua yg bkn mcm b*b*, patut tinggalkan ja immediately. Pompuan ni pun pelik, takkan mcm tu pun sanggup lagi.
Quote chandrahusin 26-4-2023 02:44 PM
Laki sapa yg 1 family tak berguna lgsg ni?
Tak sekolah ke?
SRP lps tak ni?

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.084247 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top