CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Jadi Gelandangan Lepas Dihalau Keluarga Gara-Gara Tak Bagi Duit Pada Bapa Tiri

26-4-2023 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 862| Komen: 7

TAIPING – Hanya kerana tidak memberikan wang kepada bapa tirinya, seorang pemuda mendakwa dibuang keluarga­nya dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama lebih dari setahun.

Pemuda yang dikenali sebagai Daniel, 20, berkata, sebelum ini dia terpaksa melakukan melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi memastikan dia mempunyai wang untuk dise­rahkan kepada bapa tirinya.

Bagaimanapun, katanya, apabila dirinya tidak mampu lagi untuk berbuat demikian, dia telah dihalau dari rumah.


Foto: Kosmo

“Saya tak tahu apa salah saya sehingga dilayan sebegini. Setahun saya hidup sebagai gelandangan, sehinggalah mendapat peluang untuk menumpang teduh di bawah bumbung Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping.

“Biarpun diperlakukan begini dan tidak dibenarkan kembali ke rumah, saya masih sa­yangkan ibu dan adik-adik yang lain,” katanya baru-baru ini.


Dia ditemui pada Program Jom Singgah Sahur bersama Rakan Media anjuran Pusat Perubatan Taiping (TMC) di bangunan Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping di sini.

Menurut Daniel, sejak berusia 7 tahun, dia telah dihantar ke sebuah sekolah tahfiz di sini dan menjalani kehidupan di sana sehingga umur 12 tahun.

“Selepas ayah meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu, segalanya berubah apatah lagi selepas ibu berkahwin lain.

“Tidak tahu di mana silap­nya apabila saya sering dimarahi bapa tiri tanpa sebab. Akhir­nya, pada Januari tahun lalu, saya telah diusir keluar kerana gagal memberikannya wang,” ujarnya.

Lebih malang lagi, ujarnya, ibu dan adik-beradiknya yang lain tidak menghalang perbuatan bapa tirinya itu, bahkan turut mengakui mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi,” katanya.

Daniel berkata, setahun selepas diusir dari rumah, dia te­lah dibantu oleh seorang lelaki yang membawanya untuk tinggal bersama sebelum dihantar ke rumah Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping.

Dia yang kini bekerja di sebuah hotel di sini berkata, dia merindui ahli keluarganya.

“Saya mengharapkan agar satu masa nanti dapat berkumpul kembali dengan ibu dan adik-adik. Tidak ada perasaan dendam dalam diri ini terhadap mereka,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 26-4-2023 10:33 AM
nak dengar cerita belah family pulak..
Quote slyfynx 26-4-2023 10:59 AM
Xleh nk judge lagi.
Kene dengar pihak sana pulak.
Xleh terus percaya.
BTW, nama pusat kebajikan pun "Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping"
Quote chandrahusin 26-4-2023 11:22 AM
Mmg ada je yg kena halau sbb duit
Kdg2 sbb nak idup sng tp lgsg tak nak keluar blnja
Mmg selayaknya dihalau

Quote mieyrasfea 26-4-2023 09:33 PM
Kena berlaku adil, dengar dua-dua belah pihak
Quote awanearisu 26-4-2023 09:52 PM
Pada kita, agak membimbangkan juga tindakan ibunya memasukkan anaknya ke sekolah tahfiz seawal usia 7 tahun.

Anak pula seakan-akan mendambakan perhatian dan kasih-sayang ibunya. Adakah gara-gara dipisahkan semuda 7 tahun?
Quote kaedahnya 27-4-2023 09:19 AM
ooo yang ada thread keluar kat sini juga dulu. time tu tak story lagi kenapa kena halau.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.104227 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top