View: 790|Reply: 6
|
Anak Jadi Gelandangan Lepas Dihalau Keluarga Gara-Gara Tak Bagi Duit Pada Bapa Tiri
[Copy link]
|
|
TAIPING – Hanya kerana tidak memberikan wang kepada bapa tirinya, seorang pemuda mendakwa dibuang keluarganya dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama lebih dari setahun.
Pemuda yang dikenali sebagai Daniel, 20, berkata, sebelum ini dia terpaksa melakukan melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi memastikan dia mempunyai wang untuk diserahkan kepada bapa tirinya.
Bagaimanapun, katanya, apabila dirinya tidak mampu lagi untuk berbuat demikian, dia telah dihalau dari rumah.
Foto: Kosmo
“Saya tak tahu apa salah saya sehingga dilayan sebegini. Setahun saya hidup sebagai gelandangan, sehinggalah mendapat peluang untuk menumpang teduh di bawah bumbung Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping.
“Biarpun diperlakukan begini dan tidak dibenarkan kembali ke rumah, saya masih sayangkan ibu dan adik-adik yang lain,” katanya baru-baru ini.
Dia ditemui pada Program Jom Singgah Sahur bersama Rakan Media anjuran Pusat Perubatan Taiping (TMC) di bangunan Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping di sini.
Menurut Daniel, sejak berusia 7 tahun, dia telah dihantar ke sebuah sekolah tahfiz di sini dan menjalani kehidupan di sana sehingga umur 12 tahun.
“Selepas ayah meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu, segalanya berubah apatah lagi selepas ibu berkahwin lain.
“Tidak tahu di mana silapnya apabila saya sering dimarahi bapa tiri tanpa sebab. Akhirnya, pada Januari tahun lalu, saya telah diusir keluar kerana gagal memberikannya wang,” ujarnya.
Lebih malang lagi, ujarnya, ibu dan adik-beradiknya yang lain tidak menghalang perbuatan bapa tirinya itu, bahkan turut mengakui mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi,” katanya.
Daniel berkata, setahun selepas diusir dari rumah, dia telah dibantu oleh seorang lelaki yang membawanya untuk tinggal bersama sebelum dihantar ke rumah Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping.
Dia yang kini bekerja di sebuah hotel di sini berkata, dia merindui ahli keluarganya.
“Saya mengharapkan agar satu masa nanti dapat berkumpul kembali dengan ibu dan adik-adik. Tidak ada perasaan dendam dalam diri ini terhadap mereka,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
nak dengar cerita belah family pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xleh nk judge lagi.
Kene dengar pihak sana pulak.
Xleh terus percaya.
BTW, nama pusat kebajikan pun "Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping" |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada je yg kena halau sbb duit
Kdg2 sbb nak idup sng tp lgsg tak nak keluar blnja
Mmg selayaknya dihalau
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena berlaku adil, dengar dua-dua belah pihak
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada kita, agak membimbangkan juga tindakan ibunya memasukkan anaknya ke sekolah tahfiz seawal usia 7 tahun.
Anak pula seakan-akan mendambakan perhatian dan kasih-sayang ibunya. Adakah gara-gara dipisahkan semuda 7 tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo yang ada thread keluar kat sini juga dulu. time tu tak story lagi kenapa kena halau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|