CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Suka Mendaki, Anak Usia Setahun Dah Tawan 21 Bukit Dan Gunung

26-4-2023 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 648| Komen: 11

PETALING JAYA – Biarpun baru berusia setahun, Nur Nayla Ardani Muhammad Arham berjaya ‘menawan’ 21 puncak bukit dan gunung di Semenanjung, Sabah dan Thailand.

Nur Nayla Ardani sudah mula dibawa mengenali hutan rimba seawal usia tiga bulan oleh ibunya Noor Maizatul Hazra Yahaya, 38, yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti hiking.


Noor Maizatul berkata, dia telah mendapatkan izin suami, Muhammad Arham Mohd. Anuar, 27, dan ibu bapa mentua terlebih dahulu sebelum melakukan perkara tersebut.


Foto: IG

“Saya memang minat sangat dengan mendaki dan apabila kahwin pada 2021, tak sangka pula selepas itu hamil. Waktu itu, saya mengandung 8 bulan pun masih pergi mendaki.

“Selepas bersalin, bulan pertama saya dah mula tanya suami termasuk keluarga mentua untuk bawa anak mendaki dan tak jangka apabila mereka memberi kebenaran.

“Jadi, lepas pantang dan usia Nayla pun dah tiga bulan lebih, saya bawa dia ke Bukit Batu Putih, Port Dickson di Negeri Sembilan. Alhamdulillah, segalanya selamat dan saya amalkan doa termasuk zikir,” katanya kepada Kosmo!.


Menurutnya, Nur Nayla Ardani berjaya menjejakkan kaki ke gunung pertamanya iaitu Gunung Angsi dengan ketinggian 824 meter pada usia lapan bulan.

“Selepas itu baru saya bawa Nayla ke Gunung Nuang dan juga Gunung Silipat di Thailand. Sebelum itu, saya banyak meluangkan masa dengan Nayla mendaki bukit kerana tak boleh terus redah gunung yang tinggi,” ujarnya.

Jelas Noor Maizatul, dia juga hanya membawa anaknya mendaki ke lokasi yang dikenali dan sudah biasa pergi.


Foto: Kosmo

“Semasa dengan Nayla, saya akan pergi ke tempat yang saya sendiri tahu keadaan treknya, masuk pukul berapa, dan boleh balik pukul berapa serta risiko yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Maizatul yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun sebagai penganjur trip akui bahawa persediaan yang dilakukan adalah tidak mudah.

“Saya akan pastikan saya fit (cergas) dan anak saya selesa untuk duduk dalam carrier kerana perkara ini tidak boleh dipaksa. Semua bergantung kepada keada­an anak.

“Untuk mendaki pula, barangan kena lengkap dan perlu berpasangan sama ada kawan atau suami. Saya juga suka letakkan Nayla di bahagian hadapan supaya mudah dipantau,” ujarnya.

Tambahnya, sepanjang satu tahun mendaki bersama Nayla, dia menerima pelbagai maklum balas positif kerana adalah jarang untuk pendaki lain melihat bayi di bukit atau gunung terutama di Malaysia.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai yang memberi kata-kata positif termasuk sokongan dan Nayla juga tidak pernah mena­ngis sekalipun ketika mendaki,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 26-4-2023 10:07 AM
mountain cougar ni umur 38, laki 27..jauh juga beda umur
Quote s@s@ 26-4-2023 10:31 AM
dah mak gogo.
xkan nak tinggal anak kt umah pulak
Quote pearl.silver 26-4-2023 10:37 AM
Mesti ank dia jenis behave je

X buas mcm bdk lain
Quote Beribear 26-4-2023 10:45 AM
Perghhh bawak g nuang. Via pangsun ke janda baik tu. Kalau via pangsun memang salute lah
Quote syamzana 26-4-2023 10:46 AM
muda toklakinya. btw, iols salute org yg bwk infant+todler naik gunung/camping pelbagai ni sbb kalau iols fikir mcm2. dgn air susah nak cari kalau bby berak, nak susu, nak mkn.
sedangkan iols sendiri pun nak mandi kencing sume kalau toilet x semenggah x jadi nak membuang
Quote pisanggoreng 26-4-2023 11:33 AM
anaknya jalan sendiri ke?
Quote Suchi 26-4-2023 11:55 AM
Mula tu nak komen napa maknya nampak cam berumur sekali tgk umur oh mmg dah byk umur pun.

Laki ko tak izinkan pun kena izinkan juga ye dop
Quote Suchi 26-4-2023 12:01 PM
syamzana replied at 26-4-2023 10:46 AM
muda toklakinya. btw, iols salute org yg bwk infant+todler naik gunung/camping pelbagai ni sbb kalau ...

Maknya masa sarat pun gigih nak mendaki, btw dia guna carrier pun salah. Tak sesuai kendong anak camtu. Anak kena ngadap dada dia baru betul.
Pakailah carrier yg ergonomik, yg buat anak lebih selamat dan selesa.

Quote Zack8hunter 26-4-2023 12:08 PM
aku pun pernah mendaki sambil bawa anak umur 6 bln dlm carrier.. tp salute la emak ni time dah sarat pregnant 8 bulan pun boleh mendaki lg.. wife aku time preggy dulu tu naik tangga kt rumah tu pun kalau boleh nak aku tolong dukungkan
Quote prettyuglybabe 26-4-2023 01:39 PM
bombastik sangat ayat umur setahun dah tawan 21 gunung bagai..
bukannya budak tu jalan sendiri rasa susah payah naik gunung pun..
dia pun entah ada memori ke tidak gi gunung sana sini

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058862 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top