View: 534|Reply: 10
|
Mak Suka Mendaki, Anak Usia Setahun Dah Tawan 21 Bukit Dan Gunung
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Biarpun baru berusia setahun, Nur Nayla Ardani Muhammad Arham berjaya ‘menawan’ 21 puncak bukit dan gunung di Semenanjung, Sabah dan Thailand.
Nur Nayla Ardani sudah mula dibawa mengenali hutan rimba seawal usia tiga bulan oleh ibunya Noor Maizatul Hazra Yahaya, 38, yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti hiking.
Noor Maizatul berkata, dia telah mendapatkan izin suami, Muhammad Arham Mohd. Anuar, 27, dan ibu bapa mentua terlebih dahulu sebelum melakukan perkara tersebut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/26/100443gt1cw1tcwhtkpm12.png) Foto: IG
“Saya memang minat sangat dengan mendaki dan apabila kahwin pada 2021, tak sangka pula selepas itu hamil. Waktu itu, saya mengandung 8 bulan pun masih pergi mendaki.
“Selepas bersalin, bulan pertama saya dah mula tanya suami termasuk keluarga mentua untuk bawa anak mendaki dan tak jangka apabila mereka memberi kebenaran.
“Jadi, lepas pantang dan usia Nayla pun dah tiga bulan lebih, saya bawa dia ke Bukit Batu Putih, Port Dickson di Negeri Sembilan. Alhamdulillah, segalanya selamat dan saya amalkan doa termasuk zikir,” katanya kepada Kosmo!.
Menurutnya, Nur Nayla Ardani berjaya menjejakkan kaki ke gunung pertamanya iaitu Gunung Angsi dengan ketinggian 824 meter pada usia lapan bulan.
“Selepas itu baru saya bawa Nayla ke Gunung Nuang dan juga Gunung Silipat di Thailand. Sebelum itu, saya banyak meluangkan masa dengan Nayla mendaki bukit kerana tak boleh terus redah gunung yang tinggi,” ujarnya.
Jelas Noor Maizatul, dia juga hanya membawa anaknya mendaki ke lokasi yang dikenali dan sudah biasa pergi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/26/100443l3cq5v11oo7mjov9.png) Foto: Kosmo
“Semasa dengan Nayla, saya akan pergi ke tempat yang saya sendiri tahu keadaan treknya, masuk pukul berapa, dan boleh balik pukul berapa serta risiko yang ada,” katanya.
Dalam pada itu, Noor Maizatul yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun sebagai penganjur trip akui bahawa persediaan yang dilakukan adalah tidak mudah.
“Saya akan pastikan saya fit (cergas) dan anak saya selesa untuk duduk dalam carrier kerana perkara ini tidak boleh dipaksa. Semua bergantung kepada keadaan anak.
“Untuk mendaki pula, barangan kena lengkap dan perlu berpasangan sama ada kawan atau suami. Saya juga suka letakkan Nayla di bahagian hadapan supaya mudah dipantau,” ujarnya.
Tambahnya, sepanjang satu tahun mendaki bersama Nayla, dia menerima pelbagai maklum balas positif kerana adalah jarang untuk pendaki lain melihat bayi di bukit atau gunung terutama di Malaysia.
“Alhamdulillah, setakat ini ramai yang memberi kata-kata positif termasuk sokongan dan Nayla juga tidak pernah menangis sekalipun ketika mendaki,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mountain cougar ni umur 38, laki 27..jauh juga beda umur |
|
|
|
|
|
|
|
dah mak gogo.
xkan nak tinggal anak kt umah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ank dia jenis behave je
X buas mcm bdk lain |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhh bawak g nuang. Via pangsun ke janda baik tu. Kalau via pangsun memang salute lah |
|
|
|
|
|
|
|
muda toklakinya. btw, iols salute org yg bwk infant+todler naik gunung/camping pelbagai ni sbb kalau iols fikir mcm2. dgn air susah nak cari kalau bby berak, nak susu, nak mkn.
sedangkan iols sendiri pun nak mandi kencing sume kalau toilet x semenggah x jadi nak membuang![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
anaknya jalan sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mula tu nak komen napa maknya nampak cam berumur sekali tgk umur oh mmg dah byk umur pun.
Laki ko tak izinkan pun kena izinkan juga ye dop |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 26-4-2023 10:46 AM
muda toklakinya. btw, iols salute org yg bwk infant+todler naik gunung/camping pelbagai ni sbb kalau ...
Maknya masa sarat pun gigih nak mendaki, btw dia guna carrier pun salah. Tak sesuai kendong anak camtu. Anak kena ngadap dada dia baru betul.
Pakailah carrier yg ergonomik, yg buat anak lebih selamat dan selesa.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah mendaki sambil bawa anak umur 6 bln dlm carrier.. tp salute la emak ni time dah sarat pregnant 8 bulan pun boleh mendaki lg.. wife aku time preggy dulu tu naik tangga kt rumah tu pun kalau boleh nak aku tolong dukungkan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bombastik sangat ayat umur setahun dah tawan 21 gunung bagai..
bukannya budak tu jalan sendiri rasa susah payah naik gunung pun..
dia pun entah ada memori ke tidak gi gunung sana sini ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|