Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa simpati terhadap peniaga yang menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa meraikan Aidilfitri dalam kesedihan selepas wang mereka disonglap individu tidak bertanggungjawab.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, dia memahami perasaan dilalui mereka memandangkan dia sendiri pernah menjadi mangsa penipuan. Sehubungan itu, aktor kelahiran Singapura itu berharap golongan tersebut tidak lagi disenarai hitamkan daripada terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan. "Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuh hidup orang-orang yang pernah ada rekod jenayah scam daripada membuat apa sahaja perniagaan. "Kesian orang-orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astaghfirullah," katanya. Aaron berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada petang Selasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat aktor berkenaan malah berharap pihak berkuasa membuka mata tentang perkara ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaku pernah menjadi mangsa penipuan yang semakin berani memperdaya orang ramai. Sumber: mStar, IG AARON AZIZ
|
ADVERTISEMENT