View: 672|Reply: 3
|
Aaron Aziz Pun Pernah Kena Tipu, Harap ‘Scammer’ Kena Blacklist Seumur Hidup
[Copy link]
|
|
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa simpati terhadap peniaga yang menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa meraikan Aidilfitri dalam kesedihan selepas wang mereka disonglap individu tidak bertanggungjawab.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, dia memahami perasaan dilalui mereka memandangkan dia sendiri pernah menjadi mangsa penipuan.
Sehubungan itu, aktor kelahiran Singapura itu berharap golongan tersebut tidak lagi disenarai hitamkan daripada terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan.
"Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuh hidup orang-orang yang pernah ada rekod jenayah scam daripada membuat apa sahaja perniagaan.
"Kesian orang-orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astaghfirullah," katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada petang Selasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat aktor berkenaan malah berharap pihak berkuasa membuka mata tentang perkara ini.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaku pernah menjadi mangsa penipuan yang semakin berani memperdaya orang ramai.
Sumber: mStar, IG AARON AZIZ |
|
|
|
|
|
|
|
Hazabnyer penulisan wartawan ni :
Sehubungan itu, aktor kelahiran Singapura itu berharap golongan tersebut tidak lagi disenarai hitamkan daripada terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada petang Selasa.
Akuan moklu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaka pernah ya join qurban online. Ntah mcmana satu hackers ni boleh hacks whatsapp para joiners qurban online. Dia whatsapp kaka minta wang rm1k sbb nak cepatkan proses qurban online katanya tp rm1k dia akan pulngkan balik dlm 1hari je. Kaka dah boleh hidu niat buruknya so kaka kata boleh je. Kaka masukkan rm1 ke dlm akaun dia. Edit jadikan rm1k dan sent ke dia. Dia percaya pulak tu. Kemudian dia whatsapps lagi kata nk rm2k. Kaka kata nantilah. Ko nk scam org, kaka scam ko balik! |
|
|
|
|
|
|
|
Tau le kome copy paste je.
Tp please la at least proofread.
AKUAN la.
TAK LAGI DISENARAI HITAM la.
Kalau org2 tu x disenarai itam tu yang bahaya dek non oi |
|
|
|
|
|
|
| |
|