CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Nikah Semalam, Hari Ini Pengantin Baharu Dah Kena Tangkap Jual Dadah

25-4-2023 11:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1662| Komen: 18|Original author: Tatod

Sepasang pengantin baharu ditahan bersama heroin seberat 9.268 kilogram (kg) di kawasan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap, Teluk Intan, tengah hari tadi.

Difahamkan, pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan semalam dan ditahan hari ini dipercayai ketika cuba mengedar dadah.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan pasangan berkenaan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak selepas menerima maklumat awam.


Beliau berkata, pasangan itu ditahan 12.30 tengah hari ketika mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan membeli dadah.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian di dalam kereta pasangan berkenaan yang mengandungi 20 bungkusan plastik berisi dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 9.268 kg bernilai RM77,000.


"Jumlah rampasan boleh menampung keperluan 10,000 penagih. Polis percaya dadah berkenaan bagi edaran di luar daerah Hilir Perak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

"Suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek wanita mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Mereka akan direman mulai esok bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya. - CARI


Sumber: HARIAN METRO




















Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 25-4-2023 11:44 PM
Bahahahaaa smlm masa ko kawin, ko high ke, Jemah? Positip meth air kincing siap
Org suruh Nikah Gantung, bukan suruh di Hukum Gantung
Quote msxx 25-4-2023 11:46 PM
Sekufu.. bonnie & clyde
Quote Belibis 25-4-2023 11:50 PM
Apa ada hal..hukuman gantung kan dah mansuh..
Quote cha-cha 26-4-2023 12:11 AM
Bulan madu di penjara
Quote sukacactus 26-4-2023 12:22 AM
Yg penting dah nikah
Quote mizzmimi 26-4-2023 12:25 AM
Lahanat Pengantin Baru..
Quote zuuu 26-4-2023 03:24 AM
Pasangan yg serasi bersama
Quote nakkomenjugak 26-4-2023 03:59 AM
Dadah menyatukan kitaaaa~
Quote adizero11 26-4-2023 08:08 AM
selamat penjara baharu..tahikk dadah
Quote Lolalala 26-4-2023 08:50 AM
Hahaha sempat ke bermalam pertama dik oii ke kempunan ko dik sampai mati? Hahahahaha
Quote miznora 26-4-2023 10:40 AM
Ni betul2 pasangan sekufu ni
Mesti berjumpa pun sebab dadah
Ishhh apa la nak jadi. Dua2 muda lagi tu
Quote prettyuglybabe 26-4-2023 10:42 AM
betul sekufu.. aman rumahtangga
Quote KamikuP 26-4-2023 10:58 AM
Moga tak dikurniakan anak
Quote Suchi 26-4-2023 12:08 PM
Teringat plak aksi kapel pakai baju raya sedondon baby blue wat asik wheelie kat kelate tuhhh
Jenis sekufu gaklaaa

Cemana org camni berangan nk bina keluarga sedangkan kerjaya memasing dekat je ngn tali gantung.
Quote mohdcrow 26-4-2023 12:46 PM
takpela, ada jugak kesedaran untuk mengelak maksiat...kikiki
Quote shi_jewel 26-4-2023 12:54 PM
jgn mengandung dan beranak ok...nanti sampai abam jamil mampus kitaran mslh sosial tu
Quote Goodluckdontcry 26-4-2023 06:32 PM
Match made from hell ke heaven ni? Ke toyota vellfire?? Kehkehkeh pergilah ko menuju ke kematian dik dari ko merosakkan ramai umat manusia lain..mmm rosak rosak gen Zzz ????...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074135 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top