View: 1516|Reply: 17
|
Baru Nikah Semalam, Hari Ini Pengantin Baharu Dah Kena Tangkap Jual Dadah
[Copy link]
|
|
Sepasang pengantin baharu ditahan bersama heroin seberat 9.268 kilogram (kg) di kawasan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap, Teluk Intan, tengah hari tadi.
Difahamkan, pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan semalam dan ditahan hari ini dipercayai ketika cuba mengedar dadah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan pasangan berkenaan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak selepas menerima maklumat awam.
Beliau berkata, pasangan itu ditahan 12.30 tengah hari ketika mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan membeli dadah.
"Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian di dalam kereta pasangan berkenaan yang mengandungi 20 bungkusan plastik berisi dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 9.268 kg bernilai RM77,000.
"Jumlah rampasan boleh menampung keperluan 10,000 penagih. Polis percaya dadah berkenaan bagi edaran di luar daerah Hilir Perak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah.
"Suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek wanita mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
"Mereka akan direman mulai esok bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya. - CARI
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ada hal..hukuman gantung kan dah mansuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting dah nikah |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan yg serasi bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah menyatukan kitaaaa~ |
|
|
|
|
|
|
|
selamat penjara baharu..tahikk dadah
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha sempat ke bermalam pertama dik oii ke kempunan ko dik sampai mati? Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul2 pasangan sekufu ni
Mesti berjumpa pun sebab dadah
Ishhh apa la nak jadi. Dua2 muda lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
betul sekufu.. aman rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Moga tak dikurniakan anak |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat plak aksi kapel pakai baju raya sedondon baby blue wat asik wheelie kat kelate tuhhh
Jenis sekufu gaklaaa
Cemana org camni berangan nk bina keluarga sedangkan kerjaya memasing dekat je ngn tali gantung. |
|
|
|
|
|
|
|
takpela, ada jugak kesedaran untuk mengelak maksiat...kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
jgn mengandung dan beranak ok...nanti sampai abam jamil mampus kitaran mslh sosial tu |
|
|
|
|
|
|
|
Match made from hell ke heaven ni? Ke toyota vellfire?? Kehkehkeh pergilah ko menuju ke kematian dik dari ko merosakkan ramai umat manusia lain..mmm rosak rosak gen Zzz ????... |
|
|
|
|
|
|
| |
|