CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanita Berpaut Pada Lengan Dini Schatzmann Mungkin Janna Nick, Cinta Bertaut Semula Ke?

25-4-2023 06:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5404| Komen: 54|Original author: Tatod

Tindakan pelakon Dini Schatzmann berkongsi foto bersama seorang wanita yang hanya menampakkan bahagian bahu dan lengan seorang wanita mengundang perhatian ramai.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, Dini, 29, mengenakan baju Melayu berwarna kelabu sambil tersenyum lebar manakala wanita berkenaan yang berbaju ungu dan merah jambu dilihat berpaut pada lengan aktor tersebut.



Apa lebih membuat pengikut lebih teruja, Dini menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu dia sangat menyayangi wanita berkenaan.

"Saya terlalu gembira, dia minta saya untuk jaga kelakukan dan saya cintakan dia untuk 1,780,166 kali," tulisnya.

Meskipun tidak mendedahkan siapa gadis yang duduk disebelahnya, namun ketangkasan netizen membuat siasatan mendapati ia adalah pelakon Janna Nick.


Tekaan itu dilakukan menerusi pakaian yang dikenakan wanita dalam foto tersebut mirip dengan apa dipakai Janna yang turut memuat naik foto dalam busana sama.

"Kita kenal baju itu. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

"Tengok jari, pipi dan senyuman pun dah tahu siapa sebelah Dini. Mesti Janna kan.

"Tak payah potong, kami tahu siapa dia. Selamat hari raya," antara komen netizen.

Sebelum ini, kecoh mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir apabila aktres berkenaan memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya pada Disember tahun lalu.


Bagaimanapun sehingga kini Dini mengambil langkah berdiam diri tentang status sebenar mereka.

Menerusi temu bual sebelum ini, Dini memaklumkan dia bakal berkongsi khabar gembira tidak lama lagi dipercayai ada kaitan dengan hubungannya dengan Janna.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lengkong 25-4-2023 07:03 PM
Sedap lauk dia makan
Quote apedehal 25-4-2023 07:04 PM
Poyo nyah fauzi nawawi celup ni... janna cantik in purple
Quote penmerah 25-4-2023 07:10 PM
Iyelah cantik Janna in pepel
Fasha/Elisha pun cantik baju raya pepel
Soft pepel ni mmg cantik utk digayakan ke?
Tahun depan nak carik baju raya kaler pepel lah

Lagi satu suka sangat tengok pinggan mangkuk si Janna ceduk lauk Tu
Lejen design klasik... Lawa
Quote Ahriman 25-4-2023 07:13 PM
Cantik jugak janna ni walau tk mekap banyk..
Quote VespaSilbe 25-4-2023 07:14 PM
Indahnya ciptaan Tuhan.. tak mekap tebal cantik ko noks
Quote imransulaiman 25-4-2023 07:20 PM
Ada durian? Tak terbayang aku aroma dalam rumah tu! Boleh bikin pening!
Quote Dzahin_poch 25-4-2023 07:21 PM
Ermm
Ratu propa niii
Quote Rogue98 25-4-2023 07:25 PM
Apa masalah diaorang ni sebenarnye?
Kenapa teruk sangat nak attention.
Quote dua_chzy 25-4-2023 07:26 PM
Rogue98 replied at 25-4-2023 11:25 AM
Apa masalah diaorang ni sebenarnye?
Kenapa teruk sangat nak attention.

Jana tu weols know memang deprived of parental love sejak zaman kanak2.

Si Dini ni pula apa masalah?
Quote ohsoyaya 25-4-2023 07:28 PM
Kalau dah gundu dan sado itu mmg dik janna la kan
Quote Pak.dolla 25-4-2023 07:31 PM
Sangap...

Itu je ler kisahmangkuk ayun ni...meluat...ko ingat cinta teragung?
Quote matbad 25-4-2023 08:02 PM
msti org tak putus pn..saja buat propa la tu
Quote elnor_81 25-4-2023 08:19 PM
Ntah2 btul dh menikah
Quote alieyrina 25-4-2023 08:44 PM
Sedapnya lauk yg dia tunjuk tu
Quote nurul_akmar 25-4-2023 08:47 PM
Cantiknya jannah ni..
Quote Piramida 25-4-2023 08:48 PM
Ooo dah nak 30 budak laki ni... Tak lah muda sgt.
Perangai je mcm budak2 kecik tak matang. Elok pun pair dgn jannah otak budak2 till jannah.
Quote anony-mous 25-4-2023 09:51 PM
Cantik janna ni. X terlampau lawa tp muka dia jenis xbosan tgk. Manis je senyum. Xpayah mekap pon lawa. Klau dpt ank dgn dini tu mesti herlok
Quote slyfynx 25-4-2023 10:09 PM
Boooo
X sape heran dah weh
Quote hasniey 25-4-2023 10:28 PM
Cantiknya janna makeup natural macam tu.nmpk innocent

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060023 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top