Tekaan itu dilakukan menerusi pakaian yang dikenakan wanita dalam foto tersebut mirip dengan apa dipakai Janna yang turut memuat naik foto dalam busana sama.
"Kita kenal baju itu. Semoga bahagia hingga ke Jannah.
"Tengok jari, pipi dan senyuman pun dah tahu siapa sebelah Dini. Mesti Janna kan.
"Tak payah potong, kami tahu siapa dia. Selamat hari raya," antara komen netizen.
Sebelum ini, kecoh mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir apabila aktres berkenaan memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun sehingga kini Dini mengambil langkah berdiam diri tentang status sebenar mereka.
Menerusi temu bual sebelum ini, Dini memaklumkan dia bakal berkongsi khabar gembira tidak lama lagi dipercayai ada kaitan dengan hubungannya dengan Janna.
Sumber: mStar