CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Bayar Hutang Sampai Kawan Muflis: Watie Maafkan Hana Tapi Tak Mungkin Berbaik Lagi

25-4-2023 12:57 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4075| Komen: 42|Original author: Saiful

Tak nak memanjangkan lagi isu tuntutan hutang,Watie Sadali mengambil pendekatan untuk memaafkan Hana Adnan.

Namun Watie kata dia tidak mungkin dia akan kembali rapat dengan Hana meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite.


Foto: IG

“Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu.

“Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.

"Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya kepada mStar.

Watie juga lebih senang untuk berdiam dari terus memberi komen tentang kemelut antara mereka kerana percaya dirinya berada pada pihak yang benar.





Dia juga kini mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.

“Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.

“Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini.

“Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” jelasnya.



Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-4-2023 01:02 PM
Eh..ko yg nayakn org tu lps tu pulak nk maafkn dia. Mmg gitu kot eh perangai penghutang, ujung² ayat  salahkn pemiutang.
Quote ShyDoll 25-4-2023 01:08 PM
Aikk.. pelik statement ni. Hana yg menang di mahkamah kan? Kenapa pulak ko yng nak maafkan Hana? Hana yang muflis bagai, patutnya ko yang mintak maaf. Tak boleh nak brain dengan statement Watie ni..
Quote miracle_forever 25-4-2023 01:30 PM
motif dia pulak tak nak maafkan Hana?? acik watie lupa ke sheols yg tak bayar berhutang & aniaya kawan tu sampai kena blacklist dan muflis????
Quote imransulaiman 25-4-2023 01:33 PM
Aku baca kisah ni malam tadi. Lepas tu tak sabar nak tunggu berita masuk Cari. Semata-mata nak baca komen... Ekekeke!
Quote KelisaSilver 25-4-2023 01:43 PM
sekarang ni dunia dah terbalik. org yg berhutang pulak yg sibuk pung pang pung pang. play victim. kan mahkamah dah perintahkan Watie kena bayar kat Hana. Jadi mahkamah pun salah jugak ke cemana?
Quote readbaca 25-4-2023 02:14 PM
https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

dah buka la kemarin. thread sama ja
Quote babelina 25-4-2023 02:21 PM
aikkk.. bkn ko yg muflis kn Hana ker.. dia ambik tindakkn ke atas ko punca tu kn.. ko pula ala2 x bsalah.. dunia..dunia.. dunia gak yg salah..
Quote slyfynx 25-4-2023 02:23 PM
Jelik, Pelik Tapi Benar Dari Diari Si Penghutang - Watie Sadali maafkan Hana Adnan, tapi tak mungkin kembali jadi kawan

Smlm dah ade la thread ni TT
Quote ohsoyaya 25-4-2023 02:31 PM
Gila isim ke apa dia ni? Dia yg buat org, dia yg maafkan org? Ikut mazhab mana ni?
Quote Meiizu 25-4-2023 02:33 PM
Memang mintak kena kecam
Quote Tembikaigoreng 25-4-2023 02:46 PM
Kau gila kah
Quote pinkpunk 25-4-2023 03:17 PM
gila punya org
Quote KamikuP 25-4-2023 03:24 PM
Apo la ko ni Watie, ko yg berhutang si Hana pulak ko amponkan.. ekekekekkee.. betul punya biol
Quote KBW2 25-4-2023 03:26 PM
Taktik-taktik penipu dan penunggang agama camnilah, dia declare dia maafkan orang padahal dia pedajal orang. Aku dah banyak perati penipu guna taktik ni.
Quote renko 25-4-2023 04:00 PM
makin membiak orang2 bangang cmni
Quote cikX87 25-4-2023 04:02 PM
EH EH? TERBALIK KAK OIII. KO YANG NAYA ORANG. APOOOOOOOOOO?
Quote gekkou 25-4-2023 04:16 PM
kesian laki dan anak dapat bini dan mak mental
gitu kan katanya 'permintaan di dunia'
lawyer nasihat jangan panjang2 kisah
sbb sah2 kau salah
alahai watie
dah tua2 pun bodoh
Quote heythere123 25-4-2023 04:17 PM
yang penting netizen dekat ig memang team Hana. Takde pon yang kesiankan si watie sebab memang terang lagi bersuluh sheols yang pedajal Hana
Quote asfaz 25-4-2023 04:19 PM
imransulaiman replied at 25-4-2023 01:33 PM
Aku baca kisah ni malam tadi. Lepas tu tak sabar nak tunggu berita masuk Cari. Semata-mata nak baca  ...

Dah ada benang awal . Kitaorg dah membahan dlm tu. Monggok nya wati

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.144345 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top