View: 3061|Reply: 42
|
Tak Bayar Hutang Sampai Kawan Muflis: Watie Maafkan Hana Tapi Tak Mungkin Berbaik Lagi
[Copy link]
|
|
Tak nak memanjangkan lagi isu tuntutan hutang,Watie Sadali mengambil pendekatan untuk memaafkan Hana Adnan.
Namun Watie kata dia tidak mungkin dia akan kembali rapat dengan Hana meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite.
Foto: IG
“Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu.
“Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.
"Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya kepada mStar.
Watie juga lebih senang untuk berdiam dari terus memberi komen tentang kemelut antara mereka kerana percaya dirinya berada pada pihak yang benar.
Dia juga kini mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.
“Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.
“Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini.
“Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh..ko yg nayakn org tu lps tu pulak nk maafkn dia. Mmg gitu kot eh perangai penghutang, ujung² ayat salahkn pemiutang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk.. pelik statement ni. Hana yg menang di mahkamah kan? Kenapa pulak ko yng nak maafkan Hana? Hana yang muflis bagai, patutnya ko yang mintak maaf. Tak boleh nak brain dengan statement Watie ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
motif dia pulak tak nak maafkan Hana?? acik watie lupa ke sheols yg tak bayar berhutang & aniaya kawan tu sampai kena blacklist dan muflis???? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca kisah ni malam tadi. Lepas tu tak sabar nak tunggu berita masuk Cari. Semata-mata nak baca komen... Ekekeke! |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni dunia dah terbalik. org yg berhutang pulak yg sibuk pung pang pung pang. play victim. kan mahkamah dah perintahkan Watie kena bayar kat Hana. Jadi mahkamah pun salah jugak ke cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
aikkk.. bkn ko yg muflis kn Hana ker.. dia ambik tindakkn ke atas ko punca tu kn.. ko pula ala2 x bsalah.. dunia..dunia.. dunia gak yg salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila isim ke apa dia ni? Dia yg buat org, dia yg maafkan org? Ikut mazhab mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Apo la ko ni Watie, ko yg berhutang si Hana pulak ko amponkan.. ekekekekkee.. betul punya biol |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Taktik-taktik penipu dan penunggang agama camnilah, dia declare dia maafkan orang padahal dia pedajal orang. Aku dah banyak perati penipu guna taktik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
makin membiak orang2 bangang cmni |
|
|
|
|
|
|
|
EH EH? TERBALIK KAK OIII. KO YANG NAYA ORANG. APOOOOOOOOOO? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian laki dan anak dapat bini dan mak mental
gitu kan katanya 'permintaan di dunia'
lawyer nasihat jangan panjang2 kisah
sbb sah2 kau salah
alahai watie
dah tua2 pun bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting netizen dekat ig memang team Hana. Takde pon yang kesiankan si watie sebab memang terang lagi bersuluh sheols yang pedajal Hana |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 25-4-2023 01:33 PM
Aku baca kisah ni malam tadi. Lepas tu tak sabar nak tunggu berita masuk Cari. Semata-mata nak baca ...
Dah ada benang awal . Kitaorg dah membahan dlm tu. Monggok nya wati |
|
|
|
|
|
|
| |
|