CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan Sibuk Menghala Keluar Kelantan, Perantau Mula Kembali Ke Ibu Kota

25-4-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 905| Komen: 11

GUA MUSANG – Keadaan trafik menghala keluar dari Kelantan mula sibuk sejak semalam apabila perantau mula bergerak pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.


Laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis yang menghala ke ibu kota sesak dengan kenderaan.

Seorang pengguna jalan raya, Firdaus Iman, 35, berkata, kenderaan bertambah menuju ke Gua Musang, namun trafik masih lancar.

Katanya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Foto: Kosmo

“Saya bertolak dari Kota Bharu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dan tiba di bandar Gua Musang pada pukul 10 pagi.

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di sini dan kawasan itu penuh dengan kenderaan perantau,” katanya.


Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Nazrul Aliman, 40, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar terutamanya di laluan Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan pulang hari ini kerana esok mereka sudah bekerja.

“Kami yakin bilangan kenderaan dijangka semakin bertambah keluar dari negeri ini kerana cuti hari raya sudah habis,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 25-4-2023 02:31 PM
ini menunjukkan lembah klang menjadi pusat mencari nafkah bagi seluruh rakyat malaysia...

sekiranya anak negeri pulang ke negeri masing2...alangkah indahnya tanpa jem di KL
Quote KamikuP 25-4-2023 03:33 PM
Balik ngundi PAS kat sana hujung 2carik rezeki dan menetap dengan selsesa dgn bekalan air bersih bawah pemerintahan DAP.. huk alo parok natang bewok mu ni.. ekekeke
Quote creep_bite 25-4-2023 05:23 PM
Semua blk ke Shah Ale, Kele dan Kaje...
Quote ultra78 25-4-2023 05:33 PM
Jaga-jaga, lembah klang bakal menjadi kotor seperti sebelum ini.
Quote giyomi 25-4-2023 05:57 PM
ifanonline replied at 25-4-2023 02:31 PM
ini menunjukkan lembah klang menjadi pusat mencari nafkah bagi seluruh rakyat malaysia...

sekiranya ...

setuju sgt2...alangkah indahnya pemandang KL tanpa jem...tp dipenuhi dgn foreigner plak
Quote nakkomenjugak 25-4-2023 07:52 PM
Gituhhh
Yang foreigners kembali jadi lipas yang menyorok
Yang skjp kembali menikmati air bersih
Quote Belibis 26-4-2023 12:13 AM
giyomi replied at 25-4-2023 05:57 PM
setuju sgt2...alangkah indahnya pemandang KL tanpa jem...tp dipenuhi dgn foreigner plak:shakehead3 ...

Tengok raya pertama sudah..bangla,nepal,mnyamar memenuhi klcc..bayangkan tanpa ore klate,KL akan menjadi Dhaka.
Quote sekngucing 26-4-2023 12:20 AM
ifanonline replied at 25-4-2023 02:31 PM
ini menunjukkan lembah klang menjadi pusat mencari nafkah bagi seluruh rakyat malaysia...

sekiranya ...

tiada manusia pun yg berasal.betul2 di kl.kecuali orang asli
kl.menjadi pesat membangun adalah disebabkan imigran juga
jika dibuang semua bangunan di kl...yg milik warga kl sebenar hanyalah kampung baru
Quote asmurai 26-4-2023 05:30 AM
yg tukang interview ambilan gomen pliz ambil selain ic pantai timur. leih bos ngadap drama staf nangis staf nak cuti raya lama setiap tahun
Quote Erotika 26-4-2023 08:55 AM
Maksudnye… kembali menikmati air terawat?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048701 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top