View: 839|Reply: 10
|
Kenderaan Sibuk Menghala Keluar Kelantan, Perantau Mula Kembali Ke Ibu Kota
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG – Keadaan trafik menghala keluar dari Kelantan mula sibuk sejak semalam apabila perantau mula bergerak pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
Laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis yang menghala ke ibu kota sesak dengan kenderaan.
Seorang pengguna jalan raya, Firdaus Iman, 35, berkata, kenderaan bertambah menuju ke Gua Musang, namun trafik masih lancar.
Katanya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Foto: Kosmo
“Saya bertolak dari Kota Bharu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dan tiba di bandar Gua Musang pada pukul 10 pagi.
“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di sini dan kawasan itu penuh dengan kenderaan perantau,” katanya.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Nazrul Aliman, 40, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar terutamanya di laluan Kuala Krai dan Gua Musang.
Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan pulang hari ini kerana esok mereka sudah bekerja.
“Kami yakin bilangan kenderaan dijangka semakin bertambah keluar dari negeri ini kerana cuti hari raya sudah habis,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ini menunjukkan lembah klang menjadi pusat mencari nafkah bagi seluruh rakyat malaysia...
sekiranya anak negeri pulang ke negeri masing2...alangkah indahnya tanpa jem di KL |
|
|
|
|
|
|
|
Balik ngundi PAS kat sana hujung 2carik rezeki dan menetap dengan selsesa dgn bekalan air bersih bawah pemerintahan DAP.. huk alo parok natang bewok mu ni.. ekekeke |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semua blk ke Shah Ale, Kele dan Kaje... |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga-jaga, lembah klang bakal menjadi kotor seperti sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju sgt2...alangkah indahnya pemandang KL tanpa jem...tp dipenuhi dgn foreigner plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Gituhhh
Yang foreigners kembali jadi lipas yang menyorok
Yang skjp kembali menikmati air bersih |
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 25-4-2023 05:57 PM
setuju sgt2...alangkah indahnya pemandang KL tanpa jem...tp dipenuhi dgn foreigner plak:shakehead3 ...
Tengok raya pertama sudah..bangla,nepal,mnyamar memenuhi klcc..bayangkan tanpa ore klate,KL akan menjadi Dhaka. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 25-4-2023 02:31 PM
ini menunjukkan lembah klang menjadi pusat mencari nafkah bagi seluruh rakyat malaysia...
sekiranya ...
tiada manusia pun yg berasal.betul2 di kl.kecuali orang asli
kl.menjadi pesat membangun adalah disebabkan imigran juga
jika dibuang semua bangunan di kl...yg milik warga kl sebenar hanyalah kampung baru |
|
|
|
|
|
|
|
yg tukang interview ambilan gomen pliz ambil selain ic pantai timur. leih bos ngadap drama staf nangis staf nak cuti raya lama setiap tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnye… kembali menikmati air terawat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|