Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa syukur apabila segelintir penerbit mula memandang bakat berbanding rupa. Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 37, berkata drama bersiri Projek: High Council berjaya mengetengah wajah 'biasa' dan ia bukti diterima ramai.
"Semua orang ada kelebihan masing-masing, sekarang ini rupa paras sudah tidak menjadi isu. Muka biasa sahaja tapi mereka berbakat besar. "Penerbit betul-betul ambil orang yang sesuai dengan karakter masing-masing," katanya. Kata Amerul dia juga berharap agar perkara itu akan berterusan memandangkan ramai pengarah muda lebih melihat bakat berbanding rupa ketika ini "Saya harap perkara ini akan berterusan, kerana saya tahu ramai orang muda sudah mula duduk di kerusi pengarah mahupun penerbit," katanya. Dalam perkembangan lain, Amerul memberitahu bahawa dia sedang sibuk menguruskan ladang ternakan dan bidang tersebut lebih terjamin buatnya.
Kata Amerul, ternakan yang diusahakan mendapat pemintaan tinggi dan kini sedang fokus untuk jualan Hari Raya Aidiladha. "Masih lagi dapat permintaan tinggi kerbau saya target untuk raya haji, "Saya selesa lagi dekat situ sebab lebih terjamin, lagipun saya cuma sambung usaha ayah saya," katanya. Selain itu kata Amerul, dia juga sedang mengusahakan makanan untuk haiwan ternakan secara skala besar. Jelasnya, usaha tersebut dilakukan bersama beberapa orang kampung untuk menambah pendapatan mereka. Dalam pada itu, Amerul juga memberitahu kolam ikan patin miliknya pula terpaksa dihentikan untuk sementara waktu kerana musim monsun yang berpanjangan. "Saya juga dalam proses menghasilkan makanan untuk lembu, kambing dan kerbau. "Kami buat napier grass (rumput kering) untuk haiwan ternak. Kami akan peram rumput itu sebelum jual kepada pengusaha ladang ternakan haiwan," kongsinya. Sumber: mStar |
diamondhoney replied at 25-4-2023 02:15 AM
Org hensem tak pernah bitter ngan orang muka biasa yg so called a lister
Pak.dolla replied at 25-4-2023 12:20 PM
Setuju...
Depa sendiri je yg claim depa hebat berlakon...pemenat yg buta seni pun mudah terpengar ...
heythere123 replied at 25-4-2023 04:16 PM
tapi budah PHC memang la tak hensem giler tapi masih kategori ada nilai komersial. m
ada la sorang ...
doubleharmonic replied at 25-4-2023 07:58 PM
nik repaie tu muka out kerrr? bukan ke acik2 porum kepam macam @cmf_premierleag kata muka heshe ma ...
ADVERTISEMENT