CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1726|Reply: 30

Amerul Affendi Gembira Pelakon Wajah ‘Biasa’ Mula Dapat Perhatian, Kini Sibuk Urus Bisnes Ternakan Haiwan

[Copy link]
Post time 25-4-2023 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa syukur apabila segelintir penerbit mula memandang bakat berbanding rupa.


Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 37, berkata drama bersiri Projek: High Council berjaya mengetengah wajah 'biasa' dan ia bukti diterima ramai.


"Semua orang ada kelebihan masing-masing, sekarang ini rupa paras sudah tidak menjadi isu. Muka biasa sahaja tapi mereka berbakat besar.






"enerbit betul-betul ambil orang yang sesuai dengan karakter masing-masing," katanya.


Kata Amerul dia juga berharap agar perkara itu akan berterusan memandangkan ramai pengarah muda lebih melihat bakat berbanding rupa ketika ini


"Saya harap perkara ini akan berterusan, kerana saya tahu ramai orang muda sudah mula duduk di kerusi pengarah mahupun penerbit," katanya.


Dalam perkembangan lain, Amerul memberitahu bahawa dia sedang sibuk menguruskan ladang ternakan dan bidang tersebut lebih terjamin buatnya.


Kata Amerul, ternakan yang diusahakan mendapat pemintaan tinggi dan kini sedang fokus untuk jualan Hari Raya Aidiladha.


"Masih lagi dapat permintaan tinggi kerbau saya target untuk raya haji,


"Saya selesa lagi dekat situ sebab lebih terjamin, lagipun saya cuma sambung usaha ayah saya," katanya.






Selain itu kata Amerul, dia juga sedang mengusahakan makanan untuk haiwan ternakan secara skala besar.


Jelasnya, usaha tersebut dilakukan bersama beberapa orang kampung untuk menambah pendapatan mereka.


Dalam pada itu, Amerul juga memberitahu kolam ikan patin miliknya pula terpaksa dihentikan untuk sementara waktu kerana musim monsun yang berpanjangan.


"Saya juga dalam proses menghasilkan makanan untuk lembu, kambing dan kerbau.


"Kami buat napier grass (rumput kering) untuk haiwan ternak. Kami akan peram rumput itu sebelum jual kepada pengusaha ladang ternakan haiwan," kongsinya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 09:38 AM | Show all posts
takde la wajah biasa mana pun... ada juga rupa kalau nak di bandingkan dengan hengko dik... kalau hengko yang jadi pelakon utama siri high council tu makanya kaka kalih ke channel animal planet jua... lagi stim tengok dubuk tengah mengejar rusa...

dan satu lagi sebab plot dia lain, bukan yang jenis ulang2 pasal megah holding projek berbillion2...

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Amerul ni banyak berlakon. Banyak drama dia yg lama yg baru duk ulang2. Malah dia lagi banyak berlakon dari pelakon2 yg selalu dikata ade rupa je.
Sudah2 lah tu keluar kenyataan mcm ni.
#terpalingberbakat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Org hensem tak pernah bitter ngan orang muka biasa yg so called a lister
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp ghupa diorg level2 model bro… mmg x ensem tp leh jd model sbb tinggi2… tgkla anak gadis mak gadis smua x keruan tgk diorg
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua nak ensem,takde la johny lever nak mendonia kat india sana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting penampilan kemas dan bersih.tak nampak busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:08 AM | Show all posts
Dulu iols minat jugak lakonan si mirul ni. Tapi sekarang naik menyampah. rasa diri terpaling berbakat... choi!!! please eh.. mamat mamat High Council tu ada rupa okay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
So dia nak kata si Nadhir, Kapla dan Mirul tu hodoh ke? Hahaha. Agak2 la.. Adik2 tu hero remaja. Dan ko x habis2 canang pasal rupa xde kenapa ek? Bakat ko mmg terpaling A Lister ke camne? Yg muka2 hensem tu memang tak boleh berlakon langsung ke caner?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
diamondhoney replied at 25-4-2023 02:15 AM
Org hensem tak pernah bitter ngan orang muka biasa yg so called a lister

Setuju...

Depa sendiri je yg claim depa hebat berlakon...pemenat yg buta seni pun mudah terpengaruh wajah husuh mmgvpandai berlakon wpun terangan² kayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:24 PM | Show all posts
bising lah kau
kadang bila orang ofer kau yang demand
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 25-4-2023 12:20 PM
Setuju...

Depa sendiri je yg claim depa hebat berlakon...pemenat yg buta seni pun mudah terpengar ...

Khennn.. Dah jadi sentiment tau kat Malaysia ni.. Asl berupa je kena cop kayu..iols tetap team rupa..iols bukan tgok pun citer set2 a lister belkon..hiburan sendiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahnyer..nyampah la so called a-listers dok fefeeling teraniaya sbb rupa paras ni..rupa n role yg di offer sesuai la dgn jalan citer..Hollywood pun gitu jugak..rupa2 hensem cam Chris Evans, RDJ,Henry Cavill,George Clooney etc, org bagi jadi hero@ superhero..rupa cam Will Ferrell, pun jadi hero gak..tapi citer2 heols sesuai la dgn rupa n karakter heols tu..ada ko nampak WF pegang watak serious ala2 Ethan Hunt??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
iols team dia, suka tengok heols berlakon lagi2 kalau watak villain ataupun watak sengal
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi budah PHC memang la tak hensem giler tapi masih kategori ada nilai komersial. m

ada la sorang dua dalam tu yang muka memang out, contohnya Nik Rifaie. Yang lain semua okay je
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 07:57 PM | Show all posts
ko ni sejenis hanesah hani ke babi? asal keluar citer jah asik meratib pasal warna kulit lah rupa takde lah bagai yihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi merul secara jujurnya
Wp ko pandai berlakon
Cikki2 lebih merembes nengok dek2 non hero remaja dari ko

Itu fakta
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 07:58 PM | Show all posts
heythere123 replied at 25-4-2023 04:16 PM
tapi budah PHC memang la tak hensem giler tapi masih kategori ada nilai komersial. m

ada la sorang  ...

nik repaie tu muka out kerrr? bukan ke acik2 porum kepam macam @cmf_premierleag kata muka heshe macam ramos sampai melekat terus nama ramos tu kat heshe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 25-4-2023 07:58 PM
nik repaie tu muka out kerrr? bukan ke acik2 porum kepam macam @cmf_premierleag kata muka heshe ma ...

Ha ha..muka mcm ramos (nmpk le sebenornya ramos pun x hensem mana pun..tp sbb anak soltan, terus la nmpk hensem di mata jahlop satu tika dulu)
Tp kan, si ni rapie ni siap bleh lepas masuk hero remaja lagi walau muka kembang camtu level2  ramos jah
Kalo muka mcm amir ahnaff,nadhir,mirul sulaiman tu akak paham la sbb features face memasing ada la value estetik gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kalau nak bagi contoh bdk2 phc tu,diorang tu kategori rupa biasa yg helok.masing2 pon alumni hero remaja,pertandingan yg mementingkan paras rupa (walau ada sesetengah acik porum sibuk merempan kata tak ensem ). Kalau muka biasa tak ensem,rasa2 mendonia tak drama phc tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080946 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list