CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Lelaki Tercampak Selamat, Ibu Maut Nahas Dua Myvi

24-4-2023 06:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1566| Komen: 19|Original author: Tatod

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar pagi tadi.

Nahas itu bagaimanapun mengorbankan ibu kanak-kanak terbabit, Norfadilah Ismail, 34, yang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat nahas membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi itu diterima pada pukul 8.10 pagi.

Keadaan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang terbabit nahas di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar hari ini.

Katanya, dalam kemalangan itu, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut manakala anak lelaki yang dipangkunya pula tercampak keluar dari kenderaan.


“Sebuah kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai melanggar belakang kereta dinaiki tiga beranak itu sebelum kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan ibu kanak-kanak itu maut manakala anaknya pula terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Menurut beliau, dalam kejadian tersebut bapa kanak-kanak berusia 36 tahun itu tidak cedera begitu juga pemandu yang terlibat dan tiga rakannya.

Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala anak lelakinya pula dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 24-4-2023 06:37 PM
Takziah. Anak yg dipangku selamat. Maknya tak.
Quote blue_blur 24-4-2023 06:50 PM
kes macam ni baru lah betul yang melanggar tu dipatahkan kaki kanan dan tangan kirinya... biar 3-4 bulan terperap rumah.. dah tau town penuh dengan orang mood beraya, sesak sana sini, laju2 kenapa nya..
Quote Tinot7 24-4-2023 06:56 PM
Takziah kpd keluarga.. bawak la slow2..
Quote nolya 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?
Quote Shamilia79 24-4-2023 07:36 PM
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas nak layan budak muda baru pegang lesen merempit cucuk2...mesti Myvi tu bangga BMW pun ke tepi bagi king laluan... Hahaha...
Quote JunkMail 24-4-2023 08:03 PM
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?

Sebab Myvi mampu milik tua muda family bujang semua beli.
Quote mojarean_X 24-4-2023 08:07 PM
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?

Mentality majority pemandu myvi kot....
Quote kimsa-ra 24-4-2023 08:17 PM
anak yatim anknya. kesian
Quote Carcosa 24-4-2023 09:38 PM
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?

Sebab berlambak2 MyVi on the road.
Harga mampu milik.
Quote kaishi 24-4-2023 09:40 PM
Emosi aku baca berita mcm ni... Bila balik raya ni, tolong yer perati anak memasing, jangan bangga budak bawah umur dah bawak kereta kulu kilir, pape jd, mak.bapak nak tanggung ke ??? Ni umur dah 22, aku harap menyesal snpai bebila la driver ni.....

Anak arwah tu sebaya anak aku... ????????????
Quote Decaffeinated 24-4-2023 09:49 PM
Dah mati maknya, siapa pula nak jaga anak tu. Bapa dia tu aku tak risau.
Quote syamzana 24-4-2023 09:57 PM
Innalillah...
kesian baby entah2 menyusu pun tak putus lg. bawak laju2 ni nak p mana dekkk, meluat betul la sejenis tekan minyak serupa nak terbang tak dan2.
tapi bahaya la bby main pangku gitu je, guna la cs mujur bby pnjg umur wpun dah tercampak keluar
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2023 11:00 PM
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?

perodua myvi terbang  









kalau viva terbang lagi dahsyat sis, viva pergi langgar kapalterbang terus







Perodua myvi is the king of the road























Quote emera 25-4-2023 07:07 AM
Shamilia79 replied at 24-4-2023 07:36 PM
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas  ...

Hari tu aku speed kat hiway masa hiway kosong sbb ada hal. Tiba2 sekor myvi ni panas pulak tgk aku potong dia.. dia terus lawan aku.. aku bawak 150 keta aku stable & smooth, dia tertinggal kat blkg.. lawan lagi & lagi..  aku plak eh apahal keta kecik ni… pas tu sampai aes, aku tetiba slow down masuk lane tgh, dia mcm bangga potong aku.. tp dia terlajak kat aes.. baru terhegeh2 nk slow down.. aku kata padan muka.  Tunggu je surat saman.. lps tu aku pecut balik, tgk dia maintain kat lane tgh tu bawak slow.. kahkahkahkah..
Quote Hessa 25-4-2023 07:29 AM
Shamilia79 replied at 24-4-2023 07:36 PM
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas  ...

hahaha...sama dgn my husband sambil dia cakap...err..ketepi2 'king' nak lalu sambil ala2 nyanyi lagu KRU.
Quote Ladyfreecare 25-4-2023 08:04 AM
Hessa replied at 24-4-2023 11:29 PM
hahaha...sama dgn my husband sambil dia cakap...err..ketepi2 'king' nak lalu sambil ala2 nyanyi la ...

Huntongla acik ada laki
Quote nw111 25-4-2023 10:23 AM
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?

Sbb almost setiap rumah ada at least sebijik myvi...area T20 pun rmh ada sebijik myvi buat lenjan pegi pasar or bagi anak lepas spm buat practice bawak kereta..
I pun ada myvi sebijik buat jln dekat2...nak pegi tempat sesak...senang nk parking
Quote prettyuglybabe 26-4-2023 12:09 PM
budak muda dapat kereta..
acahnya bukan main..
hadap la dah bunuh orang..
Quote Knowlee 26-4-2023 09:28 PM
I lalu area ni seelok selepas accident. Polis pun tak dtg lagi masa tu. Tak jem sgt sbb baru jadi rasanya. Tak sangka ada yg meninggal.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.105813 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top