View: 1396|Reply: 19
|
Kanak-Kanak Lelaki Tercampak Selamat, Ibu Maut Nahas Dua Myvi
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar pagi tadi.
Nahas itu bagaimanapun mengorbankan ibu kanak-kanak terbabit, Norfadilah Ismail, 34, yang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dalaman.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat nahas membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi itu diterima pada pukul 8.10 pagi.
Keadaan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang terbabit nahas di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar hari ini.
Katanya, dalam kemalangan itu, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut manakala anak lelaki yang dipangkunya pula tercampak keluar dari kenderaan.
“Sebuah kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai melanggar belakang kereta dinaiki tiga beranak itu sebelum kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.
“Pelanggaran tersebut menyebabkan ibu kanak-kanak itu maut manakala anaknya pula terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.
Menurut beliau, dalam kejadian tersebut bapa kanak-kanak berusia 36 tahun itu tidak cedera begitu juga pemandu yang terlibat dan tiga rakannya.
Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala anak lelakinya pula dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Anak yg dipangku selamat. Maknya tak. |
|
|
|
|
|
|
|
kes macam ni baru lah betul yang melanggar tu dipatahkan kaki kanan dan tangan kirinya... biar 3-4 bulan terperap rumah.. dah tau town penuh dengan orang mood beraya, sesak sana sini, laju2 kenapa nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga.. bawak la slow2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas nak layan budak muda baru pegang lesen merempit cucuk2...mesti Myvi tu bangga BMW pun ke tepi bagi king laluan... Hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?
Sebab Myvi mampu milik tua muda family bujang semua beli. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?
Mentality majority pemandu myvi kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak yatim anknya. kesian |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?
Sebab berlambak2 MyVi on the road.
Harga mampu milik. |
|
|
|
|
|
|
|
Emosi aku baca berita mcm ni... Bila balik raya ni, tolong yer perati anak memasing, jangan bangga budak bawah umur dah bawak kereta kulu kilir, pape jd, mak.bapak nak tanggung ke ??? Ni umur dah 22, aku harap menyesal snpai bebila la driver ni.....
Anak arwah tu sebaya anak aku... ???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mati maknya, siapa pula nak jaga anak tu. Bapa dia tu aku tak risau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
kesian baby entah2 menyusu pun tak putus lg. bawak laju2 ni nak p mana dekkk, meluat betul la sejenis tekan minyak serupa nak terbang tak dan2.
tapi bahaya la bby main pangku gitu je, guna la cs mujur bby pnjg umur wpun dah tercampak keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Shamilia79 replied at 24-4-2023 07:36 PM
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas ...
Hari tu aku speed kat hiway masa hiway kosong sbb ada hal. Tiba2 sekor myvi ni panas pulak tgk aku potong dia.. dia terus lawan aku.. aku bawak 150 keta aku stable & smooth, dia tertinggal kat blkg.. lawan lagi & lagi.. aku plak eh apahal keta kecik ni… pas tu sampai aes, aku tetiba slow down masuk lane tgh, dia mcm bangga potong aku.. tp dia terlajak kat aes.. baru terhegeh2 nk slow down.. aku kata padan muka. Tunggu je surat saman.. lps tu aku pecut balik, tgk dia maintain kat lane tgh tu bawak slow.. kahkahkahkah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shamilia79 replied at 24-4-2023 07:36 PM
Laki aku kalau nampak Myvi mengekor rapat kat belakang dia akan ke kiri bagi je myvi potong.. Malas ...
hahaha...sama dgn my husband sambil dia cakap...err..ketepi2 'king' nak lalu sambil ala2 nyanyi lagu KRU. |
|
|
|
|
|
|
|
Hessa replied at 24-4-2023 11:29 PM
hahaha...sama dgn my husband sambil dia cakap...err..ketepi2 'king' nak lalu sambil ala2 nyanyi la ...
Huntongla acik ada laki |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-4-2023 07:25 PM
Saja tanya, kenapa yg banyak terlibat kemalangan ni kereta MyV ye?
Sbb almost setiap rumah ada at least sebijik myvi...area T20 pun rmh ada sebijik myvi buat lenjan pegi pasar or bagi anak lepas spm buat practice bawak kereta..
I pun ada myvi sebijik buat jln dekat2...nak pegi tempat sesak...senang nk parking |
|
|
|
|
|
|
|
budak muda dapat kereta..
acahnya bukan main..
hadap la dah bunuh orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
I lalu area ni seelok selepas accident. Polis pun tak dtg lagi masa tu. Tak jem sgt sbb baru jadi rasanya. Tak sangka ada yg meninggal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|