CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 90 Peratus Sayuran Terpaksa Dijual Kurang RM1 Sekilogram

24-4-2023 05:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1713| Komen: 43|Original author: Tatod

Lebih 90 peratus sayuran di negara ini mengalami masalah lambakan dan terpaksa dijual di bawah kos pengeluaran iaitu tidak sampai RM1 bagi sekilogram.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia Chay Ee Mong berkata, sayur seperti timun dan lobak putih paling susah untuk dijual ketika ini kerana tiada permintaan.


Memberi contoh, Chay berkata, lobak putih hanya boleh dijual sekitar 20 hingga 30 sen sekilogram dan ia tidak dapat menampung kos pengangkutan pihaknya untuk menghantar ke pasar berbanding sebelum ini, lobak putih boleh dijual sekitar RM3 sekilogram.

Gambar hiasan.

"Selain itu, terdapat juga lambakan kubis, kailan, sawi jepun, daun bawang dan tomato. Kubis bulat pada Februari lalu kita dapat jual kira-kira RM1.50 sekilo namun kini hanya 80 sen, begitu juga tomato RM4 sekilo tetapi kadar itu sudah tidak dapat dicapai.


"Semua sayuran ini dijual di bawah RM1 bagi setiap kilogram. Harganya terlalu rendah, pasar pun tidak mahu mengambil bekalan sayur ini kerana memang tiada permintaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing (PPSBL) dilaporkan berdepan lambakan timun sejak akhir bulan lalu hingga menyebabkan sebahagian hasil tanaman itu iaitu kira-kira enam tan timun terpaksa dibuang setiap hari.

Timbalan Pengerusi PPSBL Yusup Abd Rahaman berkata, disebabkan lambakan itu, timun berkenaan terpaksa dijual secara borong serendah 30 hingga 50 sen sekilogram, berbanding sebelum ini RM4 hingga RM5 sekilogram sekali gus menjadikan ia sebagai tempoh paling teruk dalam tempoh dua tahun.

Dalam pada itu Chay berkata, kebanyakan daripada pengusaha hanya membiarkan sayuran itu tidak dikutip bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung.

"Ramai pengusaha kini tidak mahu mengutip bekalan sayur ini, sebab kalau kutip mereka akan rugi kerana terpaksa membayar kos pengangkutan, kos pembungkusan dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun, Chay berharap isu lambakan ini akan berakhir pada awal Mei iaitu ketika cuti perayaan Aidilfitri sudah tamat.

"Kita harap bulan depan harga sayur ini dapat dipulihkan dan cuaca pun tidak macam sekarang. Sebab kini, cuaca sangat baik dan tanaman mengeluarkan hasil yang banyak.

"Namun disebabkan cuti panjang sempena Aidilfitri, permintaan menjadi kurang. Mungkin selepas ini, orang sudah masak di rumah masing-masing atau pun mengadakan rumah terbuka, mereka akan kembali membeli sayur berkenaan," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-4-2023 06:04 PM
Eleh dulu masa sayur mahal bukan main eksyen bagus betul rakyat malaysia. Moga harga ayam dan telur turun juga rm 1 sekilo
Quote Skuau 24-4-2023 06:28 PM
Edited by Skuau at 24-4-2023 06:30 PM

rasain..aritu bkn main mahai ko jual..sekali depa makan ketupat,lemang,biskut,kuih(jer)...'tak jalan' ko niaga sayur...
Quote VespaSilbe 24-4-2023 06:44 PM
Tak murah pun kat merket tadi.. Pisang awak je muroh
Quote ninja boy 24-4-2023 07:19 PM
Sayur potong2 rebus ni lagi senang masak daripada sayur berdaun kasi rendam kasi basuh sehelai2 racun dan binatang
Quote Tinot7 24-4-2023 07:26 PM
Mana deme juai? Tak nampak pun..
Quote doubleharmonic 24-4-2023 07:29 PM
padan muka ko kan babi
Quote doubleharmonic 24-4-2023 07:32 PM
time untung ko senyap jah kan bila time rugi bising memekak yihhhh
Quote doubleharmonic 24-4-2023 07:33 PM
dah tak laku tu jual je lah harga murah bagi laku. ko lagi sanggup rugi lepas tu buang sayur2 dah busuk tu daripada jual murah nak bagi habiskan stok ke babi
Quote albedah 24-4-2023 07:34 PM
Nampak nau nipunya. Kalu kiter dtg Cameron pun x jumpa sayur rega 80 sen
Quote doubleharmonic 24-4-2023 07:34 PM
eh babi ko tak reti nak jual sayur ko pegi jual babi je lah
Quote SalenaGomez 24-4-2023 07:45 PM
Daripada dibuang, baik buat sayur jeruk ke, kimchi ke…
Quote meya 24-4-2023 08:07 PM
Aku paling takut dengan berita/cerita macamni, sebab kebarangkalian harga akan naik melambung-lambung tu tinggi.  

Semua alasan cerita marketing nak buat isu naikkan harga.  

Yang jadi mangsa dalam apa jua situasi pengguna /pembeli jugak.
Quote meya 24-4-2023 08:09 PM
Ikan bilis sekilo pun dah cecah ratusan dah oooi.  Cukup-cukuplah korang ni ingat nak pergi bulan ulang-alik ker apa.  
Quote kitmal9545 24-4-2023 08:12 PM
mahal pun susah..murah pun susah..tapi tak pernah pun jumpa sayur murah gi cameron..semuanya nak cekik darah ada la..
Quote Triple_8 24-4-2023 08:20 PM
kitmal9545 replied at 24-4-2023 08:12 PM
mahal pun susah..murah pun susah..tapi tak pernah pun jumpa sayur murah gi cameron..semuanya nak cek ...

Maknanya harga sebenar sayur tu memang murah la... harga jualan tu sebenarnya dah dinaikkan sekurang-kurangnya 40 kali ganda.
Quote bunnyj3lly 24-4-2023 09:06 PM
Orang tamak selalu rugi...rasain lo!!
Quote hasniey 24-4-2023 09:09 PM
Apesal sayur kt tmpat ai harga lebih kurang je.bwg nmpk turun harga.sebelum puasa tu dlm 5-6 ringgit 1kg.aritu beli utk msk raya dh jd seringgit lebih je 1kg
Quote clarizsa 24-4-2023 09:10 PM
Jual murah kat mana tu
Sial la mahal2 je i tgk kt nsk sana
I malas nk beli sayur sbb mahal pastu tahan seminggu je pastu rosak
Asyik2 buang sayur rosak sbb x smpat masak so i malas beli dah
Quote honeybee1802 24-4-2023 09:11 PM
Mak aih...just beb hari sebelum.raya iols beli bayam seikat...sekali makan je..dlm brp gram je pun dah rm4++....mahalnya iols rs masa tu...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057472 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top