View: 1645|Reply: 43
|
Lebih 90 Peratus Sayuran Terpaksa Dijual Kurang RM1 Sekilogram
[Copy link]
|
|
Lebih 90 peratus sayuran di negara ini mengalami masalah lambakan dan terpaksa dijual di bawah kos pengeluaran iaitu tidak sampai RM1 bagi sekilogram.
Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia Chay Ee Mong berkata, sayur seperti timun dan lobak putih paling susah untuk dijual ketika ini kerana tiada permintaan.
Memberi contoh, Chay berkata, lobak putih hanya boleh dijual sekitar 20 hingga 30 sen sekilogram dan ia tidak dapat menampung kos pengangkutan pihaknya untuk menghantar ke pasar berbanding sebelum ini, lobak putih boleh dijual sekitar RM3 sekilogram.
Gambar hiasan.
"Selain itu, terdapat juga lambakan kubis, kailan, sawi jepun, daun bawang dan tomato. Kubis bulat pada Februari lalu kita dapat jual kira-kira RM1.50 sekilo namun kini hanya 80 sen, begitu juga tomato RM4 sekilo tetapi kadar itu sudah tidak dapat dicapai.
"Semua sayuran ini dijual di bawah RM1 bagi setiap kilogram. Harganya terlalu rendah, pasar pun tidak mahu mengambil bekalan sayur ini kerana memang tiada permintaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing (PPSBL) dilaporkan berdepan lambakan timun sejak akhir bulan lalu hingga menyebabkan sebahagian hasil tanaman itu iaitu kira-kira enam tan timun terpaksa dibuang setiap hari.
Timbalan Pengerusi PPSBL Yusup Abd Rahaman berkata, disebabkan lambakan itu, timun berkenaan terpaksa dijual secara borong serendah 30 hingga 50 sen sekilogram, berbanding sebelum ini RM4 hingga RM5 sekilogram sekali gus menjadikan ia sebagai tempoh paling teruk dalam tempoh dua tahun.
Dalam pada itu Chay berkata, kebanyakan daripada pengusaha hanya membiarkan sayuran itu tidak dikutip bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung.
"Ramai pengusaha kini tidak mahu mengutip bekalan sayur ini, sebab kalau kutip mereka akan rugi kerana terpaksa membayar kos pengangkutan, kos pembungkusan dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun, Chay berharap isu lambakan ini akan berakhir pada awal Mei iaitu ketika cuti perayaan Aidilfitri sudah tamat.
"Kita harap bulan depan harga sayur ini dapat dipulihkan dan cuaca pun tidak macam sekarang. Sebab kini, cuaca sangat baik dan tanaman mengeluarkan hasil yang banyak.
"Namun disebabkan cuti panjang sempena Aidilfitri, permintaan menjadi kurang. Mungkin selepas ini, orang sudah masak di rumah masing-masing atau pun mengadakan rumah terbuka, mereka akan kembali membeli sayur berkenaan," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh dulu masa sayur mahal bukan main eksyen bagus betul rakyat malaysia. Moga harga ayam dan telur turun juga rm 1 sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 24-4-2023 06:30 PM
rasain..aritu bkn main mahai ko jual..sekali depa makan ketupat,lemang,biskut,kuih(jer)...'tak jalan' ko niaga sayur... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak murah pun kat merket tadi.. Pisang awak je muroh |
|
|
|
|
|
|
|
Sayur potong2 rebus ni lagi senang masak daripada sayur berdaun kasi rendam kasi basuh sehelai2 racun dan binatang |
|
|
|
|
|
|
|
Mana deme juai? Tak nampak pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
time untung ko senyap jah kan bila time rugi bising memekak yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak laku tu jual je lah harga murah bagi laku. ko lagi sanggup rugi lepas tu buang sayur2 dah busuk tu daripada jual murah nak bagi habiskan stok ke babi |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak nau nipunya. Kalu kiter dtg Cameron pun x jumpa sayur rega 80 sen |
|
|
|
|
|
|
|
eh babi ko tak reti nak jual sayur ko pegi jual babi je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada dibuang, baik buat sayur jeruk ke, kimchi ke… |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling takut dengan berita/cerita macamni, sebab kebarangkalian harga akan naik melambung-lambung tu tinggi.
Semua alasan cerita marketing nak buat isu naikkan harga.
Yang jadi mangsa dalam apa jua situasi pengguna /pembeli jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan bilis sekilo pun dah cecah ratusan dah oooi. Cukup-cukuplah korang ni ingat nak pergi bulan ulang-alik ker apa. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal pun susah..murah pun susah..tapi tak pernah pun jumpa sayur murah gi cameron..semuanya nak cekik darah ada la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kitmal9545 replied at 24-4-2023 08:12 PM
mahal pun susah..murah pun susah..tapi tak pernah pun jumpa sayur murah gi cameron..semuanya nak cek ...
Maknanya harga sebenar sayur tu memang murah la... harga jualan tu sebenarnya dah dinaikkan sekurang-kurangnya 40 kali ganda. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tamak selalu rugi...rasain lo!! |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal sayur kt tmpat ai harga lebih kurang je.bwg nmpk turun harga.sebelum puasa tu dlm 5-6 ringgit 1kg.aritu beli utk msk raya dh jd seringgit lebih je 1kg |
|
|
|
|
|
|
|
Jual murah kat mana tu
Sial la mahal2 je i tgk kt nsk sana
I malas nk beli sayur sbb mahal pastu tahan seminggu je pastu rosak
Asyik2 buang sayur rosak sbb x smpat masak so i malas beli dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih...just beb hari sebelum.raya iols beli bayam seikat...sekali makan je..dlm brp gram je pun dah rm4++....mahalnya iols rs masa tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|