CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waja Terbakar Sebelum Sambar 3 Rumah, Mungkin Ada Yang Baling Mercun Bawah Kereta

24-4-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1400| Komen: 22

Tiga rumah hangus disambar api selepas sebuahProton Waja terbakar.

Pemilik kedai runcit, Syamsuri Haskah, 46, tidak menolak kemungkinan aktiviti bermain mercun dan dipercayai ada yang membalingnya ke bawah kereta berkenaan dalam kejadian di Kampung Ayer Lanas malam tadi.



Tiga rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Ayer Lanas, Jeli malam tadi. Kebakaran jam 11 malam berpunca daripada sebuah kereta jenis Proton Waja yang tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke tiga rumah itu. - Foto Bomba

Katanya, dia dimaklumkan mengenai kebakaran membabitkan dua unit rumah sewanya itu oleh seorang jiran.

"Ketika itu api sudah marak membakar kereta milik adik yang diparkir antara dua rumah sewa dan saya bergegas ke lokasi.

"Saya bersama beberapa penduduk cuba memadamkan api yang mula merebak ke rumah sewa dengan menggunakan alat pemadam api namun gagal.

"Daripada dua rumah sewa saya, hanya satu keluarga sahaja ada dalam rumah namun sempat keluar menyelamatkan diri," katanya dihubungi hari ini.



Anggota bomba sedang memadam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Ayer Lanas, malam tadi. - Foto Bomba  

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.03 malam. Kebakaran dapat dikawal setengah jam kemudian.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-4-2023 06:03 PM
Kerajaan mana yg g halalkan penjualan mercun ni bagai? Moga pemilik2 rumah yg terbakar tu saman blk kerajaan
Quote annehuda 24-4-2023 06:40 PM
mojarean_X replied at 24-4-2023 06:03 PM
Kerajaan mana yg g halalkan penjualan mercun ni bagai? Moga pemilik2 rumah yg terbakar tu saman blk  ...

Screenshot_2023-04-24-08-28-16-50_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg

Kerajaan nih
Quote Belibis 24-4-2023 08:52 PM
mojarean_X: Kerajaan mana yg g halalkan pe ...

Tak halalkan pun meletop2 jugak.
Quote clarizsa 24-4-2023 09:09 PM
Haaaa mainlah lagi mercun
Main la mainnn
Quote kaishi 24-4-2023 09:28 PM
Selama 30 hari berpuasa, selama tu la aku bertahan dengan jiran2 aku main mercun smpai tengah malam dan anak2 aku melalak, last malam raya, baling mercun betul2 sebelah dinding rumah aku, smpai bgegor yer dinding rumah aku dgn.cahaya tembus dlm rumah yer....kurang ajar sangattt, aku bukak semuaaaa lampu luar, selama beberapa tahun aku tak bukak lgsg lampu luar, baru ada akal tak baling kat rumah aku.... kalini rs koyak mental emosi betulll tgok anak aku nangis, dah la baby tgh tak sihat....

Aku xde isu, korg main la mercun, lantak laaa... Tp tau hormat org, bukan bebudak, tua da po... Eh smpai skrg rs nak carut
Quote sayawifenikmie 24-4-2023 10:08 PM
saya pernah sound (dengan garangnya) anak2 jiran sebelah yg main mercun
saya kata, tolong pastikan bunyi letupan tu tak sampai ke rumah saya
saya ada anak istimewa yg takut bunyi letupan
Quote sharlenetexas 24-4-2023 10:09 PM
Tuan kereta dan rumah2 tu saman mereka yg terlibat. Tak dapat bayar saman, biar merengkok dalam penjara.


Quote pooh~key 24-4-2023 10:10 PM
mojarean_X replied at 24-4-2023 06:03 PM
Kerajaan mana yg g halalkan penjualan mercun ni bagai? Moga pemilik2 rumah yg terbakar tu saman blk  ...

Eh kau biar betul sis? Kat area shah alam ni akak lehat ummah dah bebas jual mercun sejak dari era mahiadin lagi sister.
Quote sharlenetexas 24-4-2023 10:11 PM
pooh~key replied at 24-4-2023 10:10 PM
Eh kau biar betul sis? Kat area shah alam ni akak lehat ummah dah bebas jual mercun sejak dari era ...

Kak pooh warga shah ale ke?


Quote pooh~key 24-4-2023 10:12 PM
sharlenetexas replied at 24-4-2023 10:11 PM
Kak pooh warga shah ale ke?

Yes sis. Seksyen berapa akak rahsiakan dulu la ye sis. Akak takut kena rogol dengan stalker, sister sharlene.
Quote Lagubestbest 24-4-2023 11:22 PM
haha undang2 tahun ni kata nak saman 1000 kalau main mercun lebih dari 12malam. tapi jiran I akhir ramadan sampai harini pukul 0030pagi baru diorang bako satu dua mercun. lawo2 bunga api nya boom boom kat atas tu. jiran sorang lagi orang lain hari2 g terawih dia sebok siap tak berbaju malam2 dok melayan dua anak kecik main pop2 tiap2 malam.
Quote gigahertz 25-4-2023 01:22 AM
pooh~key replied at 24-4-2023 02:12 PM
Yes sis. Seksyen berapa akak rahsiakan dulu la ye sis. Akak takut kena rogol dengan stalker, siste ...

I rasa i dapat hidu u duduk seksyen berapa.
Sebab kat shah alam mmg ada seksyen tertentu
Golongan melayu elit di seksyen tu
Quote evlinne 25-4-2023 03:29 AM
pooh~key replied at 24-4-2023 10:12 PM
Yes sis. Seksyen berapa akak rahsiakan dulu la ye sis. Akak takut kena rogol dengan stalker, siste ...

Kak pooh sskjp ke mmg orang asal shah ale
Quote evlinne 25-4-2023 03:31 AM
kaishi replied at 24-4-2023 09:28 PM
Selama 30 hari berpuasa, selama tu la aku bertahan dengan jiran2 aku main mercun smpai tengah malam  ...

Bukak lampu bleh setel mslh ke? Maki je depa baru ada akai
Ai kalu jiran2 atau bebudak lepak ramai2 buat bising keliling rumah then ditegur x makan saman, zasss call je pulis. Elok pulis setel tegur dorang, lpstu dah xde masalah sama
Quote ezacbee 25-4-2023 05:43 AM
Sama cam anak jiran aku, nak main mercun depan umah aku. Umah sendiri xnak main. Dah tegur banyak kali ehhh buat lagi..
Quote pooh~key 25-4-2023 09:40 AM
gigahertz replied at 25-4-2023 01:22 AM
I rasa i dapat hidu u duduk seksyen berapa.
Sebab kat shah alam mmg ada seksyen tertentu
Golongan ...

Wah kau mesti otai shah alam ni sis.
Quote pooh~key 25-4-2023 09:42 AM
evlinne replied at 25-4-2023 03:29 AM
Kak pooh sskjp ke mmg orang asal shah ale

Akak set2 intai aok mandi telanjang, sister. A.k.a asal orang pahang sis.
Quote raftneither 25-4-2023 10:32 AM
Sarcasm can be easily misunderstood




Quote sayurmayur88 25-4-2023 10:37 AM
raya orang lain xder pon dengar org main mercun sampai putus tgn/terbakar harta benda.. mercun diorang beza kualiti ngan kita ke??

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.090125 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top