CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Dua Lagi Penganjur Festival Hooray X Fest Raya

23-4-2023 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1361| Komen: 10

Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes pembatalan saat akhir penganjuran pesta beli belah sempena sambutan Hari Raya, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC), minggu lalu.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan suspek terbaru itu ditahan selepas tiga individu termasuk dua wanita ditahan awal minggu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Gambar hiasan

Katanya, dua individu itu merupakan suspek keempat dan kelima kes sama iaitu Pengurus Majlis Festival Hooray X Fest Raya dan seorang lagi pegawai pemasaran untuk majlis itu.

"Kedua-dua suspek lelaki tempatan terdiri daripada warga emas berusia 74 tahun dan lelaki berusia 43 tahun ditahan di ibu negara.

"Mereka direman selama empat hari bermula Jumaat lalu," katanya hari ini.

Noor Dellhan berkata, tiga suspek awal iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang direman sehingga 21 April lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka selesai direkodkan.


Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan jumlah kerugian dianggarkan RM80,000.

Dalam satu kenyataan pada Khams lalu, Noor Dellhan mengesahkan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 50 dan 51 tahun.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-4-2023 11:23 PM
Boboy Iman ke kena tahan hat yg umoq 43tahun tuu..
Quote Mulotkoyak 24-4-2023 12:31 AM
Buritan: Boboy Iman ke kena tahan hat y ...
mcm ye sbb mmg die pegawai pemasaran lelaki tu…
Quote alieyrina 24-4-2023 02:24 AM
Tahan2 esoknya lps gitu jah. Dia pun ulang2 scam org sampai ajm.

Harap kena penjara n denda kali ni
Quote Perawankota 24-4-2023 04:19 AM
Baguslah kes kali ni cepat amik tindakan .. tapi, rasa2 peniaga2 to tak kan dapat balik duit dorg
Quote Buritan 24-4-2023 06:22 AM
alieyrina replied at 24-4-2023 02:24 AM
Tahan2 esoknya lps gitu jah. Dia pun ulang2 scam org sampai ajm.

Harap kena penjara n denda kali n ...

Kann.. ponek jahh buat ripott..dahkata Ade dia letak Piso kat leher . Dunia duniaa..
Quote Buritan 24-4-2023 06:23 AM
Mulotkoyak replied at 24-4-2023 12:31 AM
mcm ye sbb mmg die pegawai pemasaran lelaki tu…

Ujung ujung petik nama Allah nak menghalalkan perbuatan...
Quote otai_g 24-4-2023 06:45 AM
Aku percaya bnd ni didalangi org dlm jgk. Well org dlm pun ada cita2 nk kaya jgk nk pki bm, merz. Tp kalo takat harap gaji tetap tu mmg x dpt la apa yg dicita2kan. Nak buat 2nd job plk susah nak kena ada surat tu surat ni. So apa pilihan yg ada?
Quote Belibis 24-4-2023 07:18 AM
Mesti la tangkap ..nampak gomen buat kerja,dan nak bagi mangsa cool down dulu.lepas kawtim seguni dua,senyap ler.
Quote juboqhang 24-4-2023 10:31 AM


Lepas tu senyap…

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.174284 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top