CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Guard Meracau Nampak Hantu Malam Raya, Terus Pengsan Bila Suruh Dongak

23-4-2023 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3172| Komen: 40

Seorang pengawal keselamatan diserang 'panic attack' selepas mendakwa melihat kehadiran kelibat misteri pada malam raya.

Menerusi video tular di media sosial, lelaki warga Nepal itu dilihat menggigil dan meracau ketakutan.



TikTok

Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa terserempak dengan satu 'lembaga' ketika bertugas.

Ditenangkan beberapa individu, petugas itu hanya menyebut 'hantu' berulang kali sambil menepuk dadanya.

Dalam rakaman itu juga, seorang lelaki berkopiah cuba menenangkan pengawal keselamatan itu yang tidak berhenti menangis.



Lelaki berkopiah itu kemudian menyuruh pengawal tersebut untuk memandang ke atas sebelum dia tiba-tiba rebah.


Tanpa mendedahkan lokasi kejadian, rakaman insiden yang dipercayai berlaku pada malam raya itu, dimuat naik di aplikasi TikTok, sebelum tular di platform Twitter.



Rata-rata netizen turut meluahkan rasa seram, pada masa bersimpati dengan nasib malang pegawal berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-4-2023 11:05 PM
Entah2 hantu tu paling depan dlm barisan tunggu time keluar 'jel'
Quote awanearisu 23-4-2023 11:10 PM
Mungkin Nepal yang bukan keturunan Gurkha.
Kita pernah terbaca kalau askar keturunan Gurkha disuruh berjaga di tengah-tengah jalan, kereta kebal datang pun tidak diberikan laluan.
Quote misc 23-4-2023 11:33 PM
Tak penyabar betul hantu tu ye. Ye la dah kena ikat sebulan kan. Lenguh kaki tangan.
Mcm kat ofis lama aku, cleaner ni terserempak dgn hantu masa hari sabtu ofis sunyi sebab time org tak keja. Sampai demam 3 hari cleaner tu.
Quote AbukRokok 23-4-2023 11:43 PM
kahkahkahkah.. takut hantu
Quote FOTHER-MUCKER 24-4-2023 06:22 AM
Ini hantu raya
Quote ninja9 24-4-2023 06:26 AM
kelakar pullak bila ada pulak yang tanya mana hantu...
Quote CiliPadiSedap 24-4-2023 08:50 AM
Bila sista vokuru sambut malam raya
Quote Tinot7 24-4-2023 11:42 AM
misc replied at 23-4-2023 11:33 PM
Tak penyabar betul hantu tu ye. Ye la dah kena ikat sebulan kan. Lenguh kaki tangan.
Mcm kat ofis la ...

Apa yg dia nampak?
Quote ina_na 24-4-2023 11:45 AM
Teringat kawan yg keje polis citer..Bangla call tgh2 mlm minta diselamatkan dr hantu.. nampak je kete polis dtg meluru msk dlm kete polis.. mula2 dia org x caya..sekali nampak gan polis2 neno2 laju balik ke balai gan Bangla duk belakang berimpit..hehehe
Quote shernazz 24-4-2023 11:46 AM
awanearisu replied at 23-4-2023 11:10 PM
Mungkin Nepal yang bukan keturunan Gurkha.
Kita pernah terbaca kalau askar keturunan Gurkha disuruh  ...

Yezza...
Guard rumah boss iols dolu gurkha.
Even kawan boss nak datang pung dia tak bagi oo walaupung dah biasa nampak
Boss iols.cakap berbaloi amek gurkha ni sebab depa ni mahai oo...
Quote capiloton 24-4-2023 03:43 PM
awanearisu replied at 23-4-2023 11:10 PM
Mungkin Nepal yang bukan keturunan Gurkha.
Kita pernah terbaca kalau askar keturunan Gurkha disuruh  ...

nepal gurkha professional mostly kerja kat UK sanun.
gaji mahsyuk.

msia bagi gaji ciput,
so yg datang kat msia jadi security ni nepal kampung.
ramai yang tak reti membaca, mengira dan tak boleh bahasa inggeris.

yg amik servis depa ni selalu nya, company security melayu level cikai
yg jenis mau untong besau punya. bayar ciput. welfare hancus.
local tak mau kerja, so import nepal kampung.
Quote capiloton 24-4-2023 03:45 PM
Edited by capiloton at 24-4-2023 03:48 PM
shernazz replied at 24-4-2023 11:46 AM
Yezza...
Guard rumah boss iols dolu gurkha.
Even kawan boss nak datang pung dia tak bagi oo walaup ...

betoi, gurkha yg ada kat msia ni mostly bodyguard VIP / VVIP

gaji 5k dan ke atas
Quote misc 24-4-2023 04:45 PM
Tinot7 replied at 24-4-2023 11:42 AM
Apa yg dia nampak?

Lembaga hitam besar bermata merah.

Ofis lama aku ni mmg keras. Ada hari2 dia,  lepas pukul 6 susah nak stayback mcm kena perhati dari belakang dan rasa mcm dihalau. Kalau rasa mcm tu eloklah shutdown pc dan balik rumah.
Quote PULANGKAN 24-4-2023 05:20 PM
kena kat orang takdak akai, silap2 dia yang cari hantu nak buat live
Quote Tinot7 24-4-2023 07:02 PM
ina_na replied at 24-4-2023 11:45 AM
Teringat kawan yg keje polis citer..Bangla call tgh2 mlm minta diselamatkan dr hantu.. nampak je ket ...

Deme nampak antu apa ni????
Quote Tinot7 24-4-2023 07:03 PM
misc replied at 24-4-2023 04:45 PM
Lembaga hitam besar bermata merah.

Ofis lama aku ni mmg keras. Ada hari2 dia,  lepas pukul 6 susa ...

Seramnya.. cleaner tmpt keje iols stakat dgr toilet kena flush pukui 7mlm.. tapi takde org.. takde la seram sgt..
Quote dua_chzy 24-4-2023 07:15 PM
misc replied at 24-4-2023 08:45 AM
Lembaga hitam besar bermata merah.

Ofis lama aku ni mmg keras. Ada hari2 dia,  lepas pukul 6 susa ...

Kalau lawan tu ada la meja ka kerusi kena gegar or dia main printer, pasang tutup PC ka lampu.
Quote doridori_hi 24-4-2023 07:20 PM
Ada yg komen ckp Nepal tu propah jah , nk cuti jln2 KLCC dgn kwn2 ..
Quote pu3_rania 24-4-2023 09:15 PM
awanearisu replied at 23-4-2023 11:10 PM
Mungkin Nepal yang bukan keturunan Gurkha.
Kita pernah terbaca kalau askar keturunan Gurkha disuruh  ...

Simpati dengan guard ni, mahunya dia tak pengsan bila nampak hantu depan mata
Kemungkinan guard ni bukan dari etnik Gurkha sebab askar di Nepal & guard di Malaysia dari etnik Gurkha memang terkenal sangat setia dan berani

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059702 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top