Rohana Jalil yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diziarahi Perdana Menteri pada Jumaat. Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook pada Ahad memaklumkan, Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.
Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama. Anwar turut mengambil peluang menziarahi Adzis yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama. - Foto Facebook Anwar "Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-Allah,” kata Anwar. Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus. Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) pada Ahad dengan pemantauan rapi doktor. Sumber: Bernama |
doubleharmonic replied at 24-4-2023 12:17 AM
ipa rajiah tersenyum sayu masih tak dapat salam pegang tangan pmx
hzln replied at 23-4-2023 09:07 PM
Semoga terus diberi kesembuhan ya
Baru saja kehilangan ahli keluarga 3 hari sblm raya, sbb kes keboc ...
nw111 replied at 25-4-2023 05:56 PM
Takde symptoms ke kebocoran usus ni ...sampai dh critical baru sedar..
ADVERTISEMENT