CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1717|Reply: 12

Saya Doakan Kedua-duanya Dikurniakan Aafiyah - PMX Ziarah Rohana Jalil

[Copy link]
Post time 23-4-2023 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Rohana Jalil yang kini dirawat di  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diziarahi Perdana Menteri pada Jumaat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook pada Ahad memaklumkan, Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.




FB




Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama.


Anwar turut mengambil peluang menziarahi Adzis yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama. - Foto Facebook Anwar


"Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-Allah,” kata Anwar.




FB




Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.


Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) pada Ahad dengan pemantauan rapi doktor.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak uzur benar Rohana Jalil, semoga diberi kesembuhan buatnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 08:58 PM | Show all posts
semoga sihat kedua-dua nya... amin
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus diberi kesembuhan ya
Baru saja kehilangan ahli keluarga 3 hari sblm raya, sbb kes kebocoran usus juga, tp dah terlalu severe hingga berlaku jangkitan kuman dlm darah, krg 24 jam terus dijemput Ilahi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dengar berita kematian Dan kesakitan di akhir2 ni..semoga diberi syifa pada keduanya...tetiba rasa sayu jer di bulan syawal..insofff
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan kedua-duanya... Aaamiin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2023 12:17 AM | Show all posts
ipa rajiah tersenyum sayu masih tak dapat salam pegang tangan pmx
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 24-4-2023 12:17 AM
ipa rajiah tersenyum sayu masih tak dapat salam pegang tangan pmx

Yg dia pun bodoh...dah tahu pmx jenis yg senantiasa  dlm keadaan berwudhu...pakai ler sarung tangan.....

Bodoh tak boleh diajar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2023 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang bukan takda piyem2 yg sebelum ini yg kita lihat mendatangani ,menziarahi, melawat....rakyat yg dlm keadaan tidak sihat sesekerap piyemx....7mths into his premiership...

Kudos piyemx
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sembuh acik rohana. Kpd generasi skrg, natural beauty is a way of life k. Aesthetic treatment ni mkn dlm sebenarnya. Mentenen kene sama or higher tapi organ kita makin lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 02:57 PM | Show all posts
Moga cepat sembuh acik Dara Binti Jalil yaach..meolls suka lagu Rayuanku dan Resahku
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 23-4-2023 09:07 PM
Semoga terus diberi kesembuhan ya
Baru saja kehilangan ahli keluarga 3 hari sblm raya, sbb kes keboc ...

Takde symptoms ke kebocoran usus ni ...sampai dh critical baru sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hzln at 25-4-2023 08:43 PM
nw111 replied at 25-4-2023 05:56 PM
Takde symptoms ke kebocoran usus ni ...sampai dh critical baru sedar..


Yg sedara iols tu simptomnya gastrik jer, ingatkan biasa2 saja, bulan puasa kan...ikutkan bocor usus ni menda boleh dirawat, yg bahayanya sepsis tu, bila dah berlaku jangkitan kuman dlm darah yg dah terlalu teruk...yg tu nasib2 lah, jika masih panjang umur, hidup lah, otherwise, waris tiada pilihan selain dr izinkan doktor utk stop life support, redho sajalah pemergiannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.396609 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list