CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Bekas Panglima Tentera Darat Kaki Pukul, Bunuh Diri Lepas Tembak Kekasih Guna Senjata Bapa

23-4-2023 07:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1141| Komen: 9

Seorang lelaki di Thailang membunuh diri selepas menembak mati bekas teman wanitanya.

Coconuts melaporkan, anak bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Somchai Chaiwanichaya itu menggunakan senjata bapanya dalam kejadian.


Sehari selepas mangsa, Supitcha ‘Gigi’ Preedacharoen, 20, ditemui mati di sebuah kondomonium di Bangkok di samping mayat Phumiphat ‘Nat’ Chaiwanichaya, Ketua Polis Negara, Damrongsak Kittipraphat berkata, lelaki tersebut menggunakan senjata milik bapanya.


FB

Kedua-dua mereka dilaporkan pernah menjalinkan hubungan cinta namun Nat, yang lebih dikenali sebagai Ikkyu adalah seorang kaki pukul.

Beberapa gambar yang diambil daripada akaun media sosial Ikkyu menunjukkan lelaki itu banyak memuat naik gambar menunjukkan dia memegang peralatan ketenteraan.

Ia sekali gus disifatkan sebagai melanggar undang-undang yang melarang individu berusia bawah 21 tahun daripada memiliki senjata api seperti itu.


Sejurus menerima laporan, pihak berkuasa menyerbu sebuah unit kondominium Rabu lalu dan sejurus tiba, pegawai menemui mayat Ikkyu serta Gigi dalam keadaan mempunyai kesan tembakan pada kepala mereka.

Polis Makkasan berkata, insiden itu berlaku disebabkan masalah hubungan antara kedua-duanya.

Gigi, yang merupakan pesohor media sosial dilaporkan sering menjadi mangsa sifat panas baran Ikkyu dan kerap dipukul lelaki itu. Dia juga pernah berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan kesan lebam padan badan dan wajahnya.

Dalam satu mesej yang pernah ditulis, Gigi berkata, Ikkyu sering memukulnya pada wajah sehingga lapan kali dan menendang dada serta bahagian belakangnya.

Dia akhirnya memutuskan hubungan dengan lelaki itu serta berpindah ke kondominium tersebut bagi melarikan diri daripada Ikkyu.

Berdasarkan hantaran-hantaran media sosial Ikkyu, dia sering memakai pakaian dan aksesori mewah, namun menukar minat tersebut dengan obsesi terhadap senjata api sekitar pertengahan 2019. 

Pada penghujung 2020, dia kerap memuat naik gambar dirinya bersama senjata api termasuk swafoto bersama peralatan taktikal.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 23-4-2023 09:44 PM
TT ni Editor konon, Thailand pun tak reti eja ke nokkk?
Quote slyfynx 23-4-2023 09:55 PM
Dimanakah Thailang itu?
Quote Decaffeinated 23-4-2023 10:01 PM
Nama Phumiphat, nama manja ‘Nat’ tapi lebih dikenali sebagai Ikkyu. Nick forum Cari xde ka dik?

Quote dua_chzy 23-4-2023 10:20 PM
Rupa dua2 helok. Tapi dua2 mati sia2 for nothing come on baik la mati sebab kamser daripada mati begini.
Quote dani-rox 23-4-2023 10:47 PM
Thailang pun bolehh
Quote makneng 24-4-2023 08:46 AM
Kurang dua manusia dekat bumi…legaaass
Quote kitmal9545 24-4-2023 09:18 AM
mati katak
Quote xy_daen 24-4-2023 09:53 AM
Thailand cuaca panas sekarang ramai jadi gila

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047780 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top