CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meghan Markle Kritik Media Britain Sebab Kata Suratnya Kepada Mentua Jadi Punca Tak Hadir Upacara Pertabalan Raja Charles

23-4-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1585| Komen: 12

Isteri Putera Harry, Meghan Markle mengkritik media Britain berhubung laporan yang menyatakan surat-surat kirimannya kepada Raja Charles menjadi sebab dia memutuskan untuk tidak menghadiri upacara pertabalan raja baharu negara berkenaan, iaitu konfrontasi terbaharunya dengan media.


Daily Telegraph melaporkan, Meghan menulis kepada raja sekarang, menyuarakan kebimbangannya dengan sikap pilih kasih yang di luar kesedaran dalam keluarga diraja Britain.


Shutterstock

Surat berkenaan dikatakan dikirim selepas dia mengeluarkan kenyataan dalam wawancara bersama Oprah Winfrey pada tahun 2021 yang menyebut keluarga diraja itu mengutarakan kebimbangan mengenai betapa gelap kulit anak lelakinya.

Laporan itu menyatakan bahawa Duke of Sussex tidak merasakan beliau telah menerima maklum balas yang memuaskan terhadap kebimbangannya.

"Duke of Sussex memikirkan tentang kehidupannya hari ini, tanpa memikirkan mengenai kiriman surat dua tahun lalu berhubung perbualan empat tahun lalu.


“(Justeru) kami mengalu-alukan media tabloid dan wartawan diraja menghentikan sarkas ciptaan mereka," kata jurucakap Meghan.

Putera Harry dilaporkan bakal menghadiri upacara pertabalan Raja Charles III pada bulan hadapan seorang diri tanpa kehadiran isterinya, Meghan yang akan tinggal di California, Amerika Syarikat (AS) dengan dua orang anak mereka.

Anak sulung mereka, Archie, akan berusia empat tahun pada hari yang sama.

Harry dan Meghan melepaskan tugas-tugas diraja mereka pada bulan Mac 2020, dengan memberikan alasan ingin memulakan kehidupan baharu di AS tanpa gangguan media.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-4-2023 02:00 PM
Macam2lah ko maggot.

Quote delia3003 23-4-2023 04:17 PM
Edited by delia3003 at 23-4-2023 04:18 PM

Dasar social climber tua bekas pelakon sendu tamak haloba tak sedar diri. Sebelum kawen dengan putera raja hidup pun ala kadar je, dah hidup mewah lepas kawen dengan hery pun tetap tak puashati. Cakap je lah nak dilayan samarata macam family Prince William, pewaris takhta.
Quote ekselen 23-4-2023 07:38 PM
Too much drama queen...
Quote jas7512 23-4-2023 08:07 PM
Bofoh nya harry kahwim dgn pimpuan mcm meghan sial ni...artis caprut je
Quote kitmal9545 23-4-2023 09:03 PM
Semua dah kenal perangai Meghan...cuma Harry saja yang buta ( kalu kat sini boleh kata kena guna guna)
Quote dani-rox 23-4-2023 11:00 PM
Megatron dah tak boleh tunggang isu BLM lg. Kesian. Semua org acah2 woke meraikan black ppl dlm media massa. Kat docu Netflix, Cleopatra tetiba dikata berkulit hitam Afrika. Gitu jugak la pelakon terbaru live action Little Mermaid cerita asal Scandinavia - mungkin dia org buat versi duyung Laut Merah
Quote JunkMail 23-4-2023 11:07 PM
Dah kau cerca diorang merata rata tv pastu expect dilayan seperti tiada apa² berlaku pulak ke?

Quote Blessed_Servant 24-4-2023 09:48 PM
kitmal9545: Semua dah kenal perangai Megha ...


Baru nak cakap [em:4:]
Quote Tinot7 25-4-2023 09:17 AM
Ntah2 tok chali wat coronation sama besday dgn dekkwaci sbb nak cucu dia mai.. tapi hangpa yg mengada..
Quote sayurmayur88 25-4-2023 11:10 AM
dia ni seolah2 nk pecah belahkan kluarga laki dia.
Quote cmf_blanco 28-4-2023 02:11 PM
sayurmayur88 replied at 25-4-2023 11:10 AM
dia ni seolah2 nk pecah belahkan kluarga laki dia.

Bukan seolah olah lagi dah,memang berpecah belah dah pun..berjaya dah misi Meghan tu..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034671 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top