CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Baju Raya Cantik-Cantik, Tapi Kena Cekup Merempit

23-4-2023 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 510| Komen: 6

Polis menyita tujuh motosikal dan mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, di sini pada Sabtu.

Operasi bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi Ahad itu turut menahan mat rempit yang masih lengkap berbaju raya.



Antara mat rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malan Sabtu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi dilakukan oleh pasukan Task Force Barat Daya diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota.

Menurutnya, selain membendung samseng jalanan, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Anggota polis melakukan rondaan di sekitar kawasan Q1 dan Q2 Waterfront, Queensbay yang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.


"Kita turut mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menyalahi undang-undang terutama pengubahsuaian ekzos motosikal yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, tujuh motosikal disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelakkan kesalahan berulang.

Sementara itu, Kamarul Rizal turut menyeru orang ramai agar salurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat kegiatan samseng jalanan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian,04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 23-4-2023 01:52 PM
So what kalau nak merempit kena pakai jubah kepam ka?
Quote shernazz 23-4-2023 03:15 PM
Alahai..
Stop le dolu merempit..makan kuih n lemang dolu..
Quote adizero11 26-4-2023 08:27 AM
Raya dak2 B40
Quote bulalof 26-4-2023 08:55 AM
jakun bila pegang handle motor kapcai.
Quote hayrin86 26-4-2023 09:33 AM
Malam Merdeka pun ada juga kes sebegini..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033667 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top