CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Melecur, Nekad Redah Api Selamat Isteri

23-4-2023 12:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 360| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang suami nekad meredah api marak demi menyelamatkan isterinya yang terperangkap dalam kebakaran rumahnya, namun usahanya tidak kesampaian apabila isterinya rentung di Kampung Gerowot, Kuala Penyu, Sabah, hari ini.


Dalam kejadian 6.50 pagi itu, mayat Ninik Yanuwati, 48, ditemui di ruang tamu tingkat dua dan suaminya, Jumin Ansiu, 52, yang melecur di lengan kiri dan kanan serta bahu dan belakang badannya dan dikejarkan ke Hospital Kuala Penyu untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, anak perempuan, 13, dan anak lelaki, 9, serta ibu Jumin Sinap Suram, 78, selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 pagi dan 14 pegawai dan anggota bersama jentera digerakkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 80 peratus. Turut terbakar sebuah kereta jenis Proton Iswara.

"Sebaik api berjaya dipadamkan, terdapat seorang mangsa wanita ditemui rentung di ruang tamu tingkat dua dan seorang lagi mangsa lelaki iaitu suami mangsa melecur," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sumber: HARIAN METRO

Menurutnya, mangsa dipercayai terperangkap dan cuba diselamatkan oleh suaminya.

"Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi pemadaman ditamatkan jam 10.10 pagi," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.395455 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top