Kelaparan dan bimbang terlepas peluang menikmati juadah hari raya pagi semalam, menyebabkan sekumpulan 'mat rempit' yang menyembunyikan diri dalam semak, akhirnya menyerah diri kepada polis.
Operasi khas selama 18 jam bermula jam 11 malam kelmarin hingga 5 petang semalam itu diadakan di Kilometer 7 Jalan Kulai - Kota Tinggi di sini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Polis Kulai dengan bantuan cawangan Unit Kereta Peronda (MPV) serta Pengangkutan sempena Op Selamat 20 bertujuan sebagai advokasi kepada pengguna jalan raya bagi mengekang kegiatan mat rempit sekitar Kulai. "Dalam operasi itu, seramai 57 orang lelaki berusia di antara 17 hingga 42 tahun, dikesan bersembunyi dalam kebun kelapa sawit berhampiran. "Ketika operasi dijalankan, kebanyakan mereka (mat rempit) masuk ke dalam kawasan kebun itu sekitar jam 3 pagi dan kebanyakan mereka cuba untuk keluar melalui jalan tikus yang sudah dikepung polis.
"Akhirnya, pada jam 9 pagi semalam, seorang demi seorang penunggang motosikal ini menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu. "Mereka dakwa tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas ditambah pula ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah Hari Raya Pertama," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Beng Yeow berkata, operasi yang disertai dua pegawai dan 13 anggota BSPT IPD Kulai itu telah mengeluarkan sebanyak 140 saman. Katanya, antara saman yang dikeluarkan adalah kerana tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan serta ubah suai ekzos. "Ada juga yang tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan-kesalahan lain. "Sebanyak 39 motosikal turut disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sumber: BH ONLINE
|
krustykrab replied at 23-4-2023 11:28 AM
Knp la anak² org melayu ni suka buat keje sia²
zjen replied at 23-4-2023 05:49 PM
pasal asik gi sjid solat, naik motor lebih senang dan jimat .... dah tamat semayang jiwa high s ...
Decaffeinated replied at 23-4-2023 02:20 PM
Kulai? Sam Ke Ting mana, tak buat kerja ka?
krustykrab replied at 23-4-2023 11:28 AM
Knp la anak² org melayu ni suka buat keje sia²
supernaturalee replied at 23-4-2023 08:44 PM
Sam ke ting tersenyum sinis jahhhh
hayati_hassan replied at 23-4-2023 11:12 AM
nasib baik tiada binatang buas atau berbisa kat dlm kebun sawit tu
_blackbird replied at 23-4-2023 08:57 PM
Pathetic nya dah umur 42 pon masih gigih nak merempet joint youngster
ADVERTISEMENT