CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Rumah Hanyut Banjir, Beraya Di Kediaman Separa Siap

23-4-2023 11:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 211| Komen: 0|Original author: Tatod

"Suasana hari raya tahun ini berbeza daripada kebiasaan, apabila terpaksa meraikan tetamu dalam keadaan serba kekurangan di rumah belum siap sepenuhnya ini," kata mangsa banjir, Raja Kamaruddin Raja Muhamad, 59.


Raja Kamaruddin lebih mesra dengan panggilan Pak Su Leh dari Kampung La, Hulu Besut, berkata mereka berkumpul kira-kira 7 pagi membawa juadah siap dimasak untuk menjamu sanak saudara yang datang beraya.

"Juadah hari raya pertama bihun soto dan ada jiran tetangga membawa ketupat serta lemang untuk menjamu tetamu yang datang," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, biarpun rumah ini masih belum siap sepenuhnya namun sekurang-kurangnya dapat mengubati sedikit kerinduan mereka berhari raya di situ sejak 20 tahun lalu.

"Lebih 30 ahli keluarga serta jiran sekampung datang beraya serta bertanya khabar khabar keadaan kami di sini serta turut melahirkan rasa simpati melihat keadaan rumah ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan kewangan.


"Namun kami amat bersyukur serta berterima kasih sekiranya ada pihak-pihak yang sudi untuk membantu kami mempercepatkan proses menyiapkan rumah ini," katanya.

Dia berkata, sekurang-kurangnya RM40,000 diperlukan untuk menyiapkan rumah itu secara asas termasuk bahagian dinding, bumbung serta bilik air sebelum boleh diduduki oleh mereka tujuh beranak.

"Jika diikutkan saya ada lapan orang anak namun tiga sudah berkeluarga, manakala lima lagi yang masih bujang tinggal bersama kami.

"Rumah baharu yang dibina ini sedikit ke belakang kira-kira 10 meter daripada tapak asal bagi mengelakkan kawasan laluan arus deras kerana tidak mempunyai tapak lain," katanya.

Katanya, rumah asal dibina setingkat tetapi untuk rumah baharu terpaksa dibina dua tingkat menggunakan konkrit sebagai persediaan menghadapi musim banjir akan datang.

"Jika banjir besar berlaku kami boleh memindahkan barang serta peralatan rumah seperti perkakasan elektrik ke bahagian atas rumah.

"Walaupun belum tahu bila rumah ini akan siap sepenuhnya tambahan pula saya juga mengalami masalah kesihatan tidak mampu melakukan kerja-kerja berat namun kami berharap dapat disiapkan sebelum tiba musim tengkujuh," katanya.

Dalam kejadian banjir besar pada Disember tahun lalu, rumahnya yang didiami sejak lebih 20 tahun lalu antara enam kediaman dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung La, Hulu Besut.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.025203 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top