CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kenya Gali Mayat 21 Pengikut Ajaran Sesat

23-4-2023 09:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 418| Komen: 2|Original author: Tatod

Polis Kenya semalam menemui sekurang-kurangnya 21 mayat selepas menggali semula beberapa kubur tanpa tanda dalam siasatan terhadap ajaran sesat, yang mana pengikutnya dipercayai mati kerana berlapar.


Pegawai penyiasat sebelum ini melaporkan tujuh kematian berhubung penyiasatan di timur Kenya berikutan penahanan Makenzie Nthenge, yang dilaporkan memberitahu pengikutnya supaya berlapar untuk 'bertemu Tuhan'.

"Secara keseluruhan sejak semalam, kami menemui 21 mayat," kata sumber polis yang enggan dikenali kepada AFP, merujuk kepada penggalian kubur di hutan Shakahola di luar bandar pesisir pantai Malindi.


"Saya khuatir ini hanya permulaan dan semua petanda menunjukkan kemungkinan akan ada lebih banyak mayat ditemui.

"Namun, kami tidak pasti sama ada akan menemui lebih banyak mayat, setakat ini sekurang-kurangnya tiga antara mangsa terbabit adalah kanak-kanak," katanya.


Nthenge, pemimpin Gereja Good News International, menyerah diri kepada polis dan didakwa bulan lalu, selepas dua kanak-kanak mati kelaparan dalam jagaan ibu bapa mereka.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin 100,000 syiling Kenya (RM3,100).

Polis melaporkan penahanannya pada 15 April selepas menemui mayat empat pengikutnya yang dilaporkan disuruh berlapar untuk bertemu Tuhan.

Kelmarin, polis Kenya berkata mereka menemui tiga mayat manakala 11 lagi pengikut, tujuh lelaki dan empat wanita, dibawa ke hospital, dengan tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, selepas diselamatkan pada 14 April.

Polis melancarkan operasi mencari di hutan itu selepas menerima maklumat kematian mengenai pengikut yang mati kelaparan dengan alasan bertemu Tuhan selepas dipengaruhi Nthenge.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 23-4-2023 04:46 PM
Choyyyyy!!!!!
Quote kakikuDibibirmu 23-4-2023 04:54 PM
images_copy_1024x1019.jpg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042455 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top