CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Yang Sia-sia, Lelaki Patah Leher Jatuh Dari Bumbung Volkswagen

22-4-2023 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 852| Komen: 1

Lelaki berdiri di atas bumbung kereta Volkswagen Polo di Durban, patah leher selepas terjatuh.

MailOnline semalam melaporkan, dalam kejadian di Afrika Selatan itu, mangsa mendepakan tangannya ke langit ketika berdiri di atas bumbung kereta berkenaan, tetapi selepas hanya lima saat, dia jatuh terlentang dan berguling beberapa kali. 



Gambar menunjukkan detik-detik seorang lelaki jatuh dari bumbung sebuah kereta di Durban minggu lalu. - Foto Daily Mail

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya menghempap tanah manakala lehernya patah.

Tubuh lelaki itu terbaring tidak bergerak di atas jalan raya. Bunyi dentuman kedengaran apabila kepalanya terhantuk di jalan raya. 

Bagaimanapun, Pejabat akhbar Perkhidmatan Polis Afrika Selatan berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung insiden itu yang berlaku di hadapan Hotel Wellington, Durban, lewat minggu lalu. 



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.084099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top