Solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) diulang semula kerana imam terkhilaf tidak mengangkat lima kali takbir di rakaat kedua. Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, 3,000 jemaah hadir di masjid tersebut untuk menunaikan solat sunat berkenaan.
Sejurus memberi salam, imam terbabit terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu buat kali kedua pada jam 8.55 pagi. Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam berkenaan. "Baguslah, imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini, " katanya. Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat akhir dan memberi salam.
"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini. Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini, "katanya. Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid terbabit. Sumber: Harian Metro
|
___ replied at 22-4-2023 10:52 AM
takbir 7 kali rakaat pertama, 5 kali rakaat kedua tu sunat hai'at. solat tetap sah kalau tak takbir, ...
makneng replied at 23-4-2023 08:42 AM
Sama dgn imam kat bukit kangkar semalam. Sebelum solat beria dia ajar jemaah rakaat pertama buat 7ta ...
tagas replied at 23-4-2023 12:18 PM
Bukit kangkar tangkak ke
makneng replied at 25-4-2023 11:08 AM
Bukit kangkar, German.
Tangkak tu tagas je duduk
ADVERTISEMENT