Solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) diulang semula kerana imam terkhilaf tidak mengangkat lima kali takbir di rakaat kedua.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, 3,000 jemaah hadir di masjid tersebut untuk menunaikan solat sunat berkenaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/22/184435lo5t8ulmqlno664o.jpg) KANAK-kanak menerima duit raya daripada pengurusan MTMAJ hari ini. FOTO Amir Hamzah Nordin.
Sejurus memberi salam, imam terbabit terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu buat kali kedua pada jam 8.55 pagi.
Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam berkenaan.
"Baguslah, imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini, " katanya.
Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat akhir dan memberi salam.
"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini. Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini, "katanya.
Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid terbabit.
Sumber: Harian Metro |